3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yg Osem, Blh Cuba Ni.

puding 1 - 3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yg Osem, Blh Cuba Ni.

Sedapnya buah naga, kalau anda penggemar buah yg kaya khasiat ini, cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dgn mengolah buah eksotik dlm beberapa menu deseert yg sedap. Tak percaya ini RASA kongsikan  tiga resipi dessert yg sedap. Kalau korang tak percaya, korang  boleh cuba sendiri:-

PUDING BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dlm periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  2. Tutupkan api.
  3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan ke dlm loyang yg telah dibasahkan dgn air terlebih dahulu.
  5. Biarkan lebih kurang tiga sehingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
  6. Sejukkan dlm peti sejuk.

kek - 3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yg Osem, Blh Cuba Ni.

KEK BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung kek/superfine
  • 1 sudu mkn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • Esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan yg lain ke dlm mangkuk dan sebatikan.
  4. Masukkan bahan cecair ke dlm bahan kering.
  5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
  6. Bakar pd suhu 170 C sehingga masak.
  7. Setelah sejuk blhlah dipotong dan sedia dihidangkan.

jus - 3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yg Osem, Blh Cuba Ni.

JUS BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah naga
  • 1 tin aiskrim soda
  • 5 sudu mkn susu pekat manis
  • 1 gelas ketulan ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kupas buah naga dan potong kiub.
  2. Masukkan isi buah naga dlm mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
  3. Kisar sehingga hancur.
  4. Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan air di dlmnya.

Komen anda


Loading...

Tags: #Buah #Cuba #Dari #Dessert #MENU #Naga #Osem

author
Author: 
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih

    Leave a reply "3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yg Osem, Blh Cuba Ni."