3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yg Manis Dan Sedap.

Loading...

Untitled design 3 15 1 - 3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yg Manis Dan Sedap.

Ikan dori sering dijual dlm bentuk ‘fillet’ isi ikan yg disejuk beku. Isinya manis dan lembut dan cepat masak. Sedap digoreng sbg menu ‘fish and chips’ yg popular.

Ikan Dori memiliki byk khasiat kesihatan. Manfaat paling terkenal adalah kandungan omega 3 nya yg dpt membuat otak manusia menjadi cerdas. Jom kita cuba dua menu ringkas dr ikan dori ni.

1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON

Untitled design 25 - 3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yg Manis Dan Sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)

BAHAN SOS :

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 500 ml air
  • 1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu mkn tepung jagung | dibancuh sedikit air
  • Beberapa titik jus pewarna kuning
  • 1 biji cili benggala | dipotong kiub
  • 2 biji tomato | dipotong kiub
  • 1/2 biji nenas | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SALUTAN ISI IKAN :

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan).
2.Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala sehingga naik bau.
3.Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau sehingga rata.


4.Masukkan tomato dan nenas, perasakan dgn garam dan gula.
5.Curahkan sos di atas isi ikan dori yg digoreng tadi. Sedia dihidang.

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Ikan lembut dan garing dgn rasa masam manis

INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dlm bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda blh membasuh dgn memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dgn air seperti biasa. Perapkan sebentar dgn bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dlm tepung.

2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE

Untitled design 1 17 - 3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yg Manis Dan Sedap.

BAHAN-BAHAN :
Bahan utk ikan :

  • ½ ekor ikan dory
  • 1 biji bawang Holland | dihiris
  • ½ sudu kecil serbuk halia
  • ½ biji lemon
  • 1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
  • Garam secukup rasa

Bahan utk tomato salsa :

  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar | dipotong dadu
  • ½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1sudu mkn jus limau
  • ½ sudu teh lada hitam (hancur)

CARA MEMASAK :
1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon
2. Kukuskan selama 15-20 minit
3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati
4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa.
5. Hidang bersama nasi beras perang.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan :Ikan kukus
Keistimewaan :

Ikan dory yg manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat

3. DORY FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES

Untitled design 2 15 - 3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yg Manis Dan Sedap.

BAHAN -BAHAN :

  • ¾ cawan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh lada hitam
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1 keping ikan dori
  • 1 biji kentang

Bahan utk membuat sos yogurt :

  • 1/2 cawan yogurt
  • ½ batang timun jeruk

CARA MEMASAK :

1. Campurkan lada hitam, lada putih ke dlm ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti.
2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dgn suhu 150°c
3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata
4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak :Bakar
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Ikan dori bakar yg manis dan rangup

Info Chef : Kalau tak nak salutkan dgn serbuk roti, anda blh juga menyalut dgn oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yg blh membantu kawalan kolestrol.

Loading...

Tags: #Dari #Dori #IKAN #Manis #Masakan #Ringkas #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.