3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

Loading...

Untitled design 11 4 2 - 3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

Selain lauk rendang dan sajian daging di Hari Raya Aidiladha, petangnya pula dpt ‘mengadap’ laksa hmmm memang padu. Setiap negeri ada keunikannya, kalau nak tahu apa beza dan istimewanya laksa dr 3 negeri ni , kenalah cuba kan.

Senarai bahan agak panjang, tapi murah dan senang didapati. Walaupun sedikit berbeza ramuan setiap negeri, tetapi keenakannya tetap sama .

1. LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’

LAKSA PAHANG SPECIAL SO1705201847 - 3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tos

BAHAN A :

  • 1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbus

BAHAN B :

  • 200 gram isi ikan masin kurau | bakar dlm kuali sebentar

BAHAN DIKISAR C :

  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 7.6 sm lengkuas
  • 7.6 sm halia
  • 25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
    (disangai sekejap dan dikisar halus):
  • 2 1/2 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 2 1/2 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 2 1/2 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 3 cawan air
  • 2 cawan santan cair

2 biji kelapa | ambil santan pekat
3 sudu mkn kerisik
3-4 asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN ULAM :

  • Tauge | dicelur sebentar dlm air panas
  • Daun kaduk | dihiris
  • Daun kunyit | dihiris
  • Kobis | dihiris
  • Daun kesum | dihiris
  • Daun selasih | dihiris
  • Bawang besar | dihiris nipis
  • Kacang panjang | dihiris
  • 2 biji limau kasturi | diperah
  • Sambal belacan | cili kering ditumbuk dgn belacan dan air sedikit

BAHAN SAMBAL BELACAN:

  • 2 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili padi
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau kasturi utk perahan
  • Sedikit gula

CARA MEMASAK :
Cara masak sambal belacan :
1. Blh nak tumbuk atau masuk dlm blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi
Cara masak Kuah :
1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan utk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang.
2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya
3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini.
4. Selepas ikan kurau masin dibakar dlm kuali, rendam ikan masin dlm air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini.
5. Bahan C dikisar halus.
6. Campurkan bahan A,B, C masak sehingga mendidih dgn api yg perlahan.
7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu.
8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula
9. Masak lama lebih kurang 7 jam sehingga pecah minyak dan kacau selalu.
10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.

INFO: Anda blh juga menggunakan mi laksa yg biasa selain spageti. Ikan selayang juga blh digunakan selain ikan tenggiri.

2. LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU

RAS 20180301 4 52TO57 LAKSA KUAH MERAH - 3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

BAHAN-BAHAN :

BAHAN KUAH :

  • 1500 ml santan pekat
  • 10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar
  • 4 sudu mkn rempah kari ikan
  • 3 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn cili boh
  • 3 biji bawang besar /dikisar
  • 1 labu bawang putih /dikisar
  • 2 sm halia /dikisar
  • 4 sm lengkuas /dikisar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar
  • 3 sudu mkn udang kering /dikisar
  • 2 ketul gula Melaka
  • 3 sudu mkn gula
  • 4 keping asam keping
  • 6 gelas air (220 ml satu gelas)

LAKSA:
1 kg laksa kering
*Direbus sehingga lembut dan toskan

BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)

  • 150 gm kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 100 gm taugeh
  • 60 gm daun kemangi/selasih
  • 200 gm kubis (jika suka)

BAHAN SAMBAL:

  • 100 gm cili merah
  • 20 gm belacan /dibakar
  • Garam secukup rasa
  • *Tumbuk sekali sehingga lumat

CARA MEMASAK;
1. Panaskan minyak di dlm periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Bila agak garing masukkan santan dan air.
3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping.
4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yg dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa.
5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.

INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bg mereka yg sukakan rasa masam dan manis yg enak.

RAS 20180201 3 50TO55  KAFE BUNGA LAWANG IR290917022 6 - 3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm satu paket spageti
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak

Bahan A :

  • 1 kg ikan kurau segar /direbus dan ambil isi
  • 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
  • 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
  • 3 keping ikan kurau masin
  • 5 sudu mkn udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah

Bahan B :

  • 8 keping asam gelugor
  • 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
  • 1 sudu mkn gula melaka
  • 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan

Bahan dikisar halus :

  • 20 tangkai cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 batang serai
  • 4 sm halia
  • 4 sm lengkuas
  • 2 sm kunyit hidup
  • 3 sm belacan
  • 9 sudu mkn biji ketumbar
  • 3 sudu mkn biji jintan putih
  • 3 sudu mkn jintan putih
  • 2 biji buah keras
  • 4 sudu mkn kerisik

Bahan ulaman :

  • Limau kasturi/dipotong utk diperah
  • Taugeh
  • Daun kesum atau daun selasih
  • Timun
  • Sambal belacan
  • Bawang besar /dipotong bulat
  • Kacang panjang
  • Lobak asin

CARA memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2 .Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4 .Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dgn garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dlm air yg mendidih yg telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dlm mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bg memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yg direbus. Tumbuk lumat dan Perahkan limau kasturi..

INFO  : Laksa Johor agak mewah ia biasanya menggunakan ikan kurau dan ikan parang sahaja dan bukannya jenis ikan lain

Loading...

Tags: #Johor #Kuah #Laksa #Lazat #Merah #Negeri #pahang #Terengganu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.