3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba

Loading...

cover 20 - 3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba

Selalu kalau kita buat telur dadar, ramuannya hanya bawang, cili besar dan garam. Kan? Apa kata kita oleh jadi lain sikit. Telur dadar blh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap blh jadi kudapan yg enak dimakan begitu sahaja.

TELUR DADAR TOMATO BERKEJU

3 11 - 3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba

Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak utk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)

Cara Memasak


1. Pecahkan telur ayam di dlm mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dlm kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dgn berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.

TELUR DADAR CENDAWAN

1 19 - 3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba

Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dlm mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dgn garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yg kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dgn berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia utk dihidangkan.

TELUR DADAR BROKOLI

2 17 - 3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba

Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak utk menggoreng

Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dlm mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dlm kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dgn berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #Cara #Cuba #DADAR #Istimewa #Lebih #Masak #TELUR #Wajib

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "3 Cara Masak Telur Dadar Lebih Istimewa, Wajib Cuba"