3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap

Loading...

Untitled design 63 5 1 - 3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap

Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yg siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda blh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin

Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dlm peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yg sama blh digunakan utk pelbagai menu berasaskan pasteri .

Ni min kongsikan 3 puff pastri dr Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam

1. CHEESE CREAM PUFF

Untitled design 59 5 - 3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 250gm gula ising
  • 2 sudu mkn susu pekat

BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:

  • 125gm tepung tinggi protein
  • ½ sudu kecil garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm air

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising sehingga kembang. Masukkan dua sudu mkn susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.

2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dptkan bentuk petak dgn dilapiskan plastik utk mengelakkan ia melekat pd permukaan meja dan rolling pin.

4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dptkan bentuk petak. Sejukkan di dlm peti sejuk utk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

5 .Selepas itu, canai doh yg direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dlm doh.

6.Canai doh pastri memanjang dan dptkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dgn anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dlm (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dgn mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8.Canai doh pastri memanjang dan dptkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dgn anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dlm (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pd sudu garpu dan gulung puff pastri pd sudu garpu seperti bentuk siput.

10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pd suhu 200 ˚C selama 20-25 minit sehingga perang keemasan.

11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri drpada garfu.

12.Paipkan krim keju ke dlm puff pastri dan sedia untung dihidangkan.

Info chef: Blh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.

Saiz hidangan:

4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar

PUFF BEBOLA AYAM

Untitled design 61 5 - 3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 40 biji bebola ayam
  • 20 batang lidi pencucuk

BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:

  • 125gm tepung tinggi protein
  • ½ sudu kecil garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm air

CARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

2. Canai pastri marjerin dgn dilapiskan dgn plastik utk mengelakkan ia melekat pd permukaan meja dan rolling pin.

3. Kemudian canai doh pula dan dptkan bentuk petak. Sejukkan di dlm peti sejuk utk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

4. Selepas itu, canai doh yg direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dlm doh.

5. Canai doh pastri memanjang dan dptkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dgn anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dlm (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dgn mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

7. Canai doh pastri memanjang dan dptkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dgn anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dlm (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.

9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pd lidi.

10. Goreng di dlm minyak panas sehingga perang keemasan dan garing.

11. Hidangkan bersama sos dan mayones.

Info chef: Lapiskan cheddar pd puff pastri dan gulung pd bebola ayam utk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam blh digantikan dgn sosej ataupun udang.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar

PUFF PIR

Untitled design 60 5 - 3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap

BAHAN-BAHAN:

UNTUK PASTRI PUFF:

  • 125 g tepung tinggi protein

  • ½ sudu teh garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm Air

BAHAN UNTUK INTI PIR:

  • 50gm gula perang
  • 50gm air
  • 1 biji pir |potong dadu kecil
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang sehingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.

2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata sehingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.

3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi sehingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

4. Canaikan pastri marjerin, dptkan bentuk petak dgn dilapiskan plastik utk mengelakkan ia melekat pd permukaan meja dan rolling pin.

5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dlm peti sejuk utk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

6. Selepas itu, canaikan doh pertama yg direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dlm doh.

7. Canai doh pastri memanjang dan dptkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dgn anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dlm (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dgn mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dlm peti sejuk lebih kurang 10 minit.

9. Ulangi langkah nombor 7 tadi utk mendapatkan pastri yg berlapis-lapis.

10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar drpada saiz lubang muffin tray.

11. Letakkan di dlm muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dgn satu lagi kepingan doh pastri saiz yg sama. Kemaskan dgn menekan garpu pd sekeliling puff.

12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dgn suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit sehingga perang keemasan.

13. Keluarkan dr oven, biarkan suam sedikit dan sedia utk dihidangkan.

Info chef: Inti buah pir blh dicampurkan dgn buah epal utk rasa inti yg lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis utk mendapatkan lapisan puff pastri yg baik.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yg masam manis
Cara memasak: Bakar

Komen anda

Loading...

Tags: #Aneka #Gebu #Gerenti #Lapis #PASTRI #Puff #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "3 Aneka Puff Pastri Lapis Yg Gerenti Gebu Dan Sedap"