28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap

PENGAKAP 1 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap

Aktiviti atau permainan yg menarik hendaklah diadakan dlm setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Dgn ini barulah Pengakap dpt bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dlm aktiviti-aktiviti itu.

Jangan adakan aktiviti yg serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.

Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dlm setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yg ditetapkan dlm sesuatu aktiviti itu.

Kami kongsikan di sini aktiviti outdoor (dalaman) utk perkhemahan pengakap.

AKTIVITI LUAR (Outdoor Games)

Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.

1. Mendirikan Khemah

01 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dlm gelap iaitu dgn menyuruh Pengakap menutup mata mereka dgn skaf dan bayangkan pd masa itu sudah malam dan keadaan gelap gulita.

JOM SHOPPING KHEMAH!!!

13912886 954055514691865 6475293669314632722 n 4 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap

Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dgn harga yg sangat berpatutan.

0199061018 dan 0192550891. 
Emel: jenobatrading@gmail.com

2. Latihan Kecemasan

emergency - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Sebelum mengadakan aktiviti ini; pastikan semua Pengakap sudah dilatih dgn kemahiran pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas dll pd kertas tugasan dan serahkan kepada ketua patrol utk menjalankan aktiviti tersebut bersama patrolnya.

3. Merintis (Pioneering)

Pastikan semua Pengakap sudah mahir dgn ikatan dan simpulan. Gunakan tali yg sesuai apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamat sebelum mencubanya. Ketua patrol blh merujuk kepada carta-carta atau model- model projek yg hendak mereka bina.

Selain drpada membuat projek, Pengakap blh juga membuat gadjet yg berguna dlm sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yg amat berguna kepada Pengakap kerana ia dpt memahirkan simpulan dan ikatan mereka.

4. Memasak

Adakan dua jenis masakan iaitu masakan dgn menggunakan alat-alat dapur dan memasak cara hutan/`Backwoodsman”. Satu peraduan blh diadakan utk menentukan patrol yg cekap sekali dlm masakan.

5. Memotong Kayu

giphy - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Aktiviti ini membolehkan Pengakap menunjukkan kecekapan mereka dlm pengetahuan menggunakan kapak. Pastikan semua langkah keselamatan diambil oleh setiap Pengakap yg menyertainya. Kayu yg dipotong itu blh digunakan sbg kayu api dlm perkhemahan atau utk gadjet/projek perintis.

6. Mengikut Jejak (Tracking)

scout - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Aktiviti ini adalah utk menduga pengetahuan tentang tanda-tanda kejadian hutan yg blh dijejak dan dibinanya sendiri. Pengakap blh memahirkan pengetahuannya dgn menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sbg membina tanda-tanda kejadian hutan tersebut.

Selain drpada itu, benang atau kertas warna juga blh digunakan. Taburkan benang atau kertas warna mengikut jalan yg ditentukan utk dilalui oleh Pengakap.

Cara yg ketiga ialah dgn mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dpt menjejakinya.

7. Orienteering

BacaBmap - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama peta topo).

a) Route Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yg telah ditetapkan. Salin perjalanan itu drpada peta yg ditunjukkan. Dlm perjalanan itu, Pengakap ditugaskan utk menandakan stesyen-stesyen tertentu sbg tugasan dlm peta lakaran mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan.

b) Projek Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah menyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen, mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenis daun, buah-buahan, serangga dll.

8. Harta Karun

treasure - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).

Satu peta kasar (dengan bertanda X) yg menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan pdng. Pd peta itu, blh disertakan arahan lain utk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas blh diberi utk panduan Pengakap mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu.

9. Nature’s Hunt

giphyB252812529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pengakap dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah- buahan, bunga dll. Tuliskan arahan/tugasan di kertas dan masukkan ke dlm sampul surat. Lebih elok adaakan satu cerita, misalnya: “Wahai pehlawan- pahlawan yg pengecut, tibalah masanya utk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan benda-benda sbg ubat:- Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu … Benda-benda yg dikehendaki hendaklah yg blh didapati/perolehi di kawasan itu dan senarai yg diberi kepada setiap patrol hendaklah berlainan/berbeza.

10. Night Orienteering

nite - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pd waktu malam. Pastikan Pengakap itu berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh: satu lampu di hadapan dan satu lagi di belakang patrol.

11. Night Stalking

stalker - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Aktiviti ini diajalankan pd waktu malam dan semua Pengakap dikehendaki beruniform lengkap. Mereka dikehendaki mengekori seorang yg akan menjalankan beberapa gerakerja di sesuatu tempat. Pd bila-bila masa, orang itu akan menoleh ke belakang utk menangkap Pengakap yg mengekorinya/yang mengintipnya. Pengakap itu pula hendaklah bersembunyi apabila orang itu cuba menangkapnya.

Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan gerakerja yg dilakukan oleh orang yg diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki melaporkan jumlah Pengakap yg dia dpt lihat dan markah akan ditolak bg setiap Pengakap yg dpt dilihatnya.

12. Mata Angin

map - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Sebelum itu, tentukan arah mata angin yg betul iaitu UTARA, SELATAN, BARAT dan TIMUR. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap ke arah UTARA.

Ketua patrol berdiri di hadapan dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompat dan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula.

Bila didapati semua Pengakap dlm suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan kalah.

13. Komando Lawan Komunis 

headband - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis.

`Nyawa’ mereka ialah skaf yg diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf yg ada di kepala musuh mereka.

Komunis diberi masa utk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila `nyawa’ dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar drpada permainan. Yg `mati’ tidak dpt bermain lagi.

Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dan kehendaki berkumpul. Kiraan mata dibuat utk mengetahui pemenangnya.

14. Waterloo 

water - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Aktiviti ini adalah serupa dgn persaingan di atas tetapi setiap Pengakap diberi plastik/belon yg berisi air berwarna sbg peluru.

Setiap seorang blh diberi 3 – 5 beg plastik. Pengakap dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi.

Sesiapa yg terkena tembakan (badannya didapati basah) tidak dpt berlawan lagi atau dikira `mati’.

Permainan ini blh dimainkan pd waktu malam supaya Pengakap blh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.

15. Mengelak Pukulan 

fightBlembut - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Gunakan pemukul bantal atau alat yg lembut dan buatkan satu kawasan bertali.

Pengakap blh bergerak dgn bebas dlm kawasan bertali tersebut dlm situasi duduk.

Apabila isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba elak pukulan yg dibuat supaya anda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar drpada permainan.

16. Daftar Alat Perkhemahan 

writing - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pengakap diberi sehelai kertas dan pen. Pengakap dikehendaki menyenaraikan seberapa byk yg blh peralatan perkhemahan. Masa yg diberi adalah terhad, misalnya satu setengah minit atau dia minit. Pengakap yg paling byk menyenaraikan peralatan dgn tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang.

17. Ibu Ayam 

Seorang Pengakap menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Pengakap dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yg telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pd jarak yg sama jauh dr `ibu ayam’.

18. Tampar Lutut Pasangan 

play - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pengakap akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama lain) menghadap lawan. Tiap-tiap seorang akan cuba utk menampar lutut lawannya. Masa akan diberikan dan jumlah tampar yg tertinggi dan yg paling rendah mengelak adalah dikira sbg pemenang.

19. Bercerita/Membawa

whisper - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pemimpin terlebih dahulu perlu memisahkan/menjarakkan antara satu patrol dgn patrol yg lain dan antara Pengakap dgn Pengakap dlm patrol masing-masing supaya berita yg disampaikan tidak akan didengari bersama oleh patrol lain atau ahli lain.

Pemimpin akan memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita.

Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dr seorang (kedua) ke seorang ahli lain (ketiga) dlm barisan yg lurus yg bermula dr depan (Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita tersebut hanya blh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja.

Ketua patrol tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat atau maklumat kepada orang ketiga atau begitulah antara ahlinya. Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yg terakhir dlm setiap patrol akan dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yg telah disampaikan tadi (mereka terima).

Bandingkan isi cerita yg diperdengarkan dgn isi cerita yg diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada byk patrol.

20. Lembu Kena Kepung 

ramai2 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Ahli patrol memegang tangan dan membuat satu bulatan.

Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dlm bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dr bulatan dgn menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yg membuat bulatan pula cuba seberapa yg blh menahan `lembu’ tersebut dr keluar drpada bulatan tersebut.

Jika `lembu’ itu dpt keluar drpada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain sbg `lembu’ dan begitulah seterusnya.

21. Lumba Lari Keldai Berganti-ganti 

baton - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Dua garisan A dan B ditandakan pd jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahgikan dua kumpulan: satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B.

Bila isyarat `mula’ diberikan, pelari pertama berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua pasukannya yg berada di belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.

22. Elak Bola dlm Bulatan

giphyB252822529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Alatan: Bola (boleh lebih drpada satu) 

Pilih dua patrol utk membentuk satu bulatan yg besar. Patrol lain berdiri di dlm bulatan yg ditandakan. Ahli Pengakap yg berada di dlm bulatan akan direjam dgn bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira `MATI’.

Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yg berada dlm bulatan. Pengakap yg `terkena’ rejaman itu iaitu sdah `MATI’, hendaklah mengambil tempat dgn segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dgn seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang.

Permainan blhlah diteruskan sehinggalah hanya seorang Pengakap sahaja berada dlm bulatan dan dia diisytiharkan sbg pemenang.

23. Bola Edar /Bola Sentuh 

giphyB252832529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Alatan: Bola. 

Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dlm kawasan yg telah ditetapkan.

Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar/merejamkan kepada Pengakap lain. Pengakap yg terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di tempat terkenanya rejaman. Dia blh mengambil bahagian semula sekiranya dia dpt memungut bola yg datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada Pengakap lain yg masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dr kedudukan berdekam sahaja).

Pengakap yg belum kena rejam adalah bebas bergerak utk mengelakkan dirinya drpada terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam’ dan berada dlm aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yg masih bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman blh dibuat.

Untuk merancakkan permainan, bilangan bola blh ditambah (lebih dr sebiji).

 24. Pijak Kaki 

StepOnFoot - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Gambar hiasan

Tiap-tiap Pengakap akan cuba memijak jari kaki lawan masing-masing sambil itu cuba mengelak jari kakinya sendiri dipijak lawan.

25. Lawan Runtun Satu Tangan 

giphyB252842529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Pasangan mencekak pergelangan tangan lawan (kiri dan kanan)masing-masing. Kemudian berpaling sisi dan cuba menarik lawannya melintasi garisan yg ditandakan.

26. Anak Lembu Degil 

crawl - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Seorang Pengakap membuat aksi rangkak, seorang lagi memacakkan jarinya di belakang tengkuk lawannya yg berada dlm aksi merangkak tadi. Dia cuba menarik lawannya ke hadapan dr `anak lembu’ itu serta anak lembu cuba menentangnya (menarik ke belakang).

27. Tinju Sebelah Tangan/Tampar Beruk 

giphyB252852529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan masing-masing. Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba seberapa yg blh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh.

28. Gusti Lengan 

giphyB252862529 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Video hiasan

Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dgn setiap siku berkedudukan selari dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yg berkedudukan bersilang di bawah tangan yg akan bergusti. Pasangan perlulah menumbangkan tangan lawan sehingga lebah.

Projek-projek Utk Patrol 

1. Membuat wogel
2. Membuat sarung pisau/kapak
3. Membuat kotak alatan/pertolongan cemas/papan kenyataan

JOM SHOPPING KHEMAH!!!
13912886 954055514691865 6475293669314632722 n 4 - 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dgn harga yg sangat berpatutan.
0199061018 dan 0192550891. 
Emel: jenobatrading@gmail.com


Loading...

Tags: #aktiviti/permainan #Cadangan #Luar #Outdoor #pengakap #perkhemahan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.