2 Resipi Bolognese Sedap dan Mudah, Jom Buat Cuti-Cuti Ni

Untitled design 31 4 - 2 Resipi Bolognese Sedap dan Mudah, Jom Buat Cuti-Cuti Ni

Nak buat hidangan barat yg sedap dan mudah? Korang blh cuba dua hidangan ni. Memang senang sesangat nak buat. Yg penting resipi ni istimewa lagi-lagi kalau dihidangkan waktu cuti-cuti panjang mcm ni. Blh mkn ramai-ramai sebab ahli keluarga semua berkumpul kan?

BOLOGNESE TARTLET

1 - 2 Resipi Bolognese Sedap dan Mudah, Jom Buat Cuti-Cuti Ni

Bahan-bahan


10 keping kulit pai
10 keping keju cheddar
1 mangkuk serbuk kentang putar
1 mangkuk sos bolognese
1 tangkai daun parsli

Cara Membuat
1) Sediakan kulit pai.
2) Letak kepingan keju cheddar yg telah dipotong kecil.
3) Letakkan sesudu sos bolognese yg telah dipanaskan.
4) Bancuh serbuk kentang putar bersama air panas sehingga tahap kekentalan yg diingini.
5) Masukkan bancuhan kentang putar ke dlm beg paiping yg sudah berisi nozzle
bintang.
6) Paipkan kentang putar ke atas kulit pai yg telah berisi sos bolognese.
7) Bakar sebentar di dlm oven pd suhu 180C selama 5 minit.
8) Hiaskan dgn daun parsli.

BEEF BOLOGNESE PIZZA

2 - 2 Resipi Bolognese Sedap dan Mudah, Jom Buat Cuti-Cuti Ni

Bahan-Bahan


1 keping doh piza
5 sudu besar sos bolognese
10 biji bebola daging
½ biji nanas (dihiris)
½ biji lada benggala
10 biji tomato ceri
Keju cheddar secukupnya

Cara Membuat
1) Siapkan doh piza. Blh guna doh piza siap guna di kedai bakeri atau gunakan roti sbg asas doh.
2) Sapukan sos bolognese daging ke atas doh.
3) Susun secara sekata bebola daging yg telah dihiris separuh.
4) Susun juga hirisan nanas, lada benggala dan tomato ceri.
5) Taburkan keju cheddar yg telah disagat menutupi keseluruhan permukaan piza yg telah dihias dgn sayur-sayuran tadi.
6) Bakar di dlm ketuhar selama 10-15 minit dgn suhu 180 C atau sehingga doh kelihatan keperang-perangan.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #Bolognese #Buat #CUTICUTI #Mudah #Resipi #Sedap

author
Author: 
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa Muda
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa MudaBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan1 cawan sagu,
    Kerabu Kaki Ayam Thai
    Kerabu Kaki Ayam ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan200 gm kaki ayam1 inci
    Daging Selasih Thai
    Daging Selasih ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan500 gm daging lembu cincang1 batang
    Ini 5 Mitos Tentang Mknan Frozen Korang Perlu Tahu.
    Sekarang ini mknan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan mknan, sebab itulah ia

    Leave a reply "2 Resipi Bolognese Sedap dan Mudah, Jom Buat Cuti-Cuti Ni"