15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga || Salam semua, Entri kali ini nak berkongsi 15 koleksi resepi pilihan menu ayam yg ringkas dan mudah utk seisi keluarga. Resepi – resepi  ini semua yg dah dicuba dan amat ringkas. Memang menyelerakan utk dihidang utk keluarga. Walaupun bahan masakan utama adalah ayam tapi rasa yg berbeza ya. Kadang- kadang memang tepu juga nak masak apa dgn ayam kan.

Jemputlah cuba ya, gambar – gambar semua memang sejak dr mula blogging, resepi – resepi ada di setiap gambar. Jenuh mengedit nak cukupkan 15 resepi.hii. Selamat mencuba

ayamBgajusBalaBnyonya - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Gajus Ala Nyonya
Sumber: WATTIES HOMEMADE CAKES

Bahan-Bahan
500gram isi ayam (potong dadu) – Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus – Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) – Saya letak 2 tangkai sebab bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seasoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang utk hiasan

Nota : Saya tambahkan 2 sudu besar cili kisar bagi rasa yg lebih pedas.

Cara – cara 
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dgn bahan2 tadi.
3.masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula utk menyedapkan lagi mknan.
5.Gunakan daun bawang sbg hiasan.

Nota:

– utk blend bahan kisar, blendkan sekali  separuh daun limau purut..sebenarnya lupa nak letak daun limau masa tengah kacau-kacau ayam tu tapi nasib baik dlm bahan kisar tu dah blend sekali daun limau tu,  so tak letak tak kisah la jugak kalau nak letak blh jerr

– tumiskan bahan kisar,cili kisar  dan halia dicincang terlebih dahulu ..bila dah nampak separuh masak baru masukkan bunga kantan. Kacau sampailah tumis tu naik minyak, baru lah masukkan sos-sos semua tu dan followlah the next step perasakan dgn gula dan garam. Sekiranya sos pekat tambahlah air utk senang digaul ya

ayamBmasakBrempahB252812529 - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Masak Rempah
Sumber: DENUANZA

Bahan – Bahan 
1/2 ekor ayam- potong, cuci dan toskan

Bahan Utk Tumis

4 biji bwg merah-hiris

3 ulas bwg putih-hiris

2 tangkai daun kari

1 peket kecil serbuk rempah kari ayam- jadikan pes

1 sudu besar serbuk cili- campur ngan pes rempah

4-5 biji cili api- belah x putus

1 biji cili merah- hiris

1 kiub ayam manggi

asam jawa dan garam secukupnya

Cara – cara

1. Tumis bahan tumis sehingga garing dan masukkan pes kari

2. Masukkan sedikit air- biarkan sehingga rempah masak

3. Masukkan ayam dan semua bahan lain dan masak biar sehingga ayam empuk

4. Kemudian masukkan air skit kalau perlu tapi jangan banyak sangat

Nota:

– rempah kari, serbuk cili, bawang merah dan bawang putih ( tumbuk ) di gaul  sebati

– lepas tumis masak, baru masuk sos cili dan kicap manis

– kacau sampai naik minyak, baru masuk ayam dan kacau sebati.

roastedBchickenBBwithBonionBgravy - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Bakar Mudah Lemon Bawang

Bahan – Bahan

1 ekor ayam

garam halus secukupnya dan juga serbuk lada hitam

3 labu bawang kuning

2 biji lemon

2 sudu besar mentega dicairkan

Cara – Cara

1. Perap ayam dgn garam dan juga serbuk lada hitam.

2. Kalau nak, blh hiris bawang besar 2 labu dan susun letak atas loyang pembakar

3. Potong lemon dan letak atas bawang yg disusun tadi

4. Yg selebih nya bawang besar dan lemon blh potong sumbat dlm ayam

5. Sapukan ayam dgn mentega cair

6. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 165 C dlm 50 minit

7. Sekali – sekala pusingkan ayam utk masak sekata dan sapukan mentega tak nak bagi ayam kering. Tak nak bagi hangus, tutup dgn kertas timah

ayamBgorengBnenas - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Nenas
Sumber: KAK AZLITA @ MASAM MANIS

Bahan-bahan

4 sudu besar minyak masak

500 gm ayam – basuh bersih dan potong kecil

1 batang serai – dititik

1 biji bawang besar – dipotong baji

2 biji tomato – dibelah 4

1/4 nenas – dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu

1 batang cili merah – dihiris

1 batang cili hijau – dihiris

2 helai daun limau purut – disiat2

1 sudu besar sos tiram

1 sudu beras sos ikan

garam dan gula secukup rasa

Bahan Utk Pes Rempah

4 sudu besar udang kering – direndam air sehingga lembut kemudian dicuci dan dikisar

1 sudu belacan – dibakar dan dikisar

3 sudu besar cili kering yg telah dikisar

5 ulas bawang merah – dikisar

2 ulas bawang putih – dikisar

2 kaki akar ketumbar – yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ….

Cara-cara

Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar sehingga halus.

Panaskan minyak masak dlm kuali yg dlm. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.

Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam. Goreng dan kacau sehingga sebati. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.

Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.

Nota : Ada masukkan sedikit air nak bagi lembap dan berkuah.

ayamBmasakBkuahBbungaBkantan - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga


Resepi Ayam Masak Kuah Bunga Kantan 
Sumber:3 hungry tummies

Bahan – bahan 

1/2 kg ayam dipotong sederhana besar . perap dgn garam kunyit.

air asam jawa secukupnya

sos plum secukupnya

garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar halus 

Separuh bunga kantan di cincang kasar

1 batang serai  hiris ambil bahagian putih sahaja

5 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah atau guna bawang merah besar pun blh

lengkuas sebesar ibu jari sikit tapi tak lah banyak sangat

halia pun sama jugak tak lah banyak sangat

3 tangkai lada burung

4 – 5 tangkai lada kering , rebus sampai lembut

1 sudu besar belacan

Cara – Cara 

1. ayam digoreng separuh masak jangan garing sangat

2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar sampai wangi dan naik minyak

3. masukkan air asam jawa dan sos plum, kacau rata

4. masukkan ayam yg dah digoreng separuh masak

5. biarkan mendidih sikit kalau blh tutup sekejap nak bagi ayam tu masak  dan sebati sikit dgn kuah.

6. perasakan dgn garam dan gula secukup rasa

7. siap utk dihidangkan

Nota

Ayam goreng separuh masak baru sedap.. bila goreng separuh masak ni ayam lembut tak adalah keras sangat

ayamBkukusBikanBmasin - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Kukus Ikan Masin 

Bahan – Bahan 

3 peha ayam  ( potong jadi ketulan )
50gm ikan masin ( potong jadi ketulan, digoreng )
2 sudu hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
kicap cair dan kicap pekat secukup rasa
1 sudu teh tepung ubi  ( wani guna tepung jagung )
3 sudu air

Cara – cara

1. gaulkan ke semua bahan dan perasa , perap selama 30 minit dan blh kukus
2. kukus tu dlm 20 minit tengoklah rasa macam ayam dah kecut dan masak blhlah angkat.

ayamBkukusBthaiBpedas - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Kukus Thai Pedas
kredit to Aimmafiaz

Bahan – Bahan :

Ayam sebelah potong kecil

*Cili kecik 5-10biji

*Serai setangkai ( wani tambah )

*Halia sepotong

*Bawang kecik 3-5biji

Lemon ( 4 sudu besar )

Sos ikan secukupnya

Minyak zaitun secukupnya

Air limau kasturi

Daun limau purut

Cara – Cara:

Tumbuk bahan *, ratakan bahan tumbuk serata ayam, letak sos ikan, minyak zaiton dan air limau kasturi kedalam ayam, selitkan lemon dicelah ayam.

Taburkan daun limau purut. Kukus selama 30minit sehingga masak. Siap, sedap mkn dgn nasi panas2.

Nota 
kalau kukus dgn oven, pastikan tutup bekas dgn aluminium foil dan letak dlm loyang yg telah diisi dgn air panas.
Kukus selama 40 minit dgn suhu 150 C.

ayamBkicapBmudahBdanBsedap - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Kicap Mudah Dan Sedap 
Sumber : AZIE KITCHEN

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam – lumur garam kunyit & goreng

1 biji kentang

4 batang serai – ketuk

1 sudu besar cili kisar ( tak letak )

Sedikit susu pekat manis ( tak letak )

Kicap lemak manis

Kicap pekat

Sos tiram

Bahan Tumbuk:

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Bahan Hiasan:

1 biji bawang besar Holland – belah 6

1 biji tomato – belah 6

2 tangkai cili merah & hijau – belah 4

Cili padi

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai sehingga wangi.

Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dgn api perlahan sehingga hampir pekat.

Masukkan ayam yg digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dgn kuah sos.

Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia utk dihidangkan. Tabur dgn daun bawang.

Nota:

Boleh juga gantikan cili kisar dgn lada hitam yg ditumbuk.

Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.

Boleh juga gantikan serai dgn kulit kayu manis, bunga lawang  dan buah pelaga.

ayamBmasakBhalia - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Masak Halia Mudah Dan Sedap
Sumber : iresepi.com

Bahan-Bahan:

500 gram ayam, potong kecil

4 ulas bawang putih, hiris nipis

2 cm halia, dihiris halus memanjang

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar sos tiram

1 biji bawang besar, hiris nipis membulat

1 biji cili merah, hiris nipis

1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm

1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

minyak masak, utk goreng ayam

sedikit lada sulah atau lada hitam

sedikit garam dan kunyit

garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak dr baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yg digoreng separuh masak tadi..

3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. Taburkan dgn cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.

6. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

7. Angkat dan tabur dgn daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yg sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

ayamBgorengBkicapBtaucu - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Kicap Taucu Yg Mudah Dan Sedap 

Bahan – Bahan 

4 ulas bawang putih ditumbuk

2- sudu besar taucu cap tamin

Kicap pekat ABC manis secukupnya

6 ketul ayam yg telah dipotong sederhana besar. Ayam diperap dgn garam kunyit, kemudian goreng garing ( jangan gaul letak garam kunyit banyak sangat )

3 tangkai lada burung merah diketuk

Bawang besar dipotong baji secukupnya

Cara – Cara 

1.Tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan lada burung dan bawang besar

2.Kacau mesra sekejap dan masukkan taucu, kacau sehingga mesra sampai bagi taucu garing sikit

3.Kacau sekejap terus masukkan ayam goreng dan tuangkan kicap pekat secukupnya

4. Garam tak payah tambah sebab dah masin taucu. Kacau sampai mesra ayam dgn kicap.

5. Blh tutup api dan hidangkan

gingerBhoneyBblackpepperBroastedBchicken - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Madu Halia Blackpepper

Bahan – Bahan

1 ekor ayam atau mana – mana bahagian ayam

Bahan Utk Perapan
1 1/2  inci halia

5 – 7 ulas ulas bawang putih

5 sudu besar sos tiram

4 sudu besar madu

serbuk lada hitam secukupnya

Cara – Cara

1. Halia dan bawang putih ditumbuk. Ayam diperap dgn ke semua bahan perapan.

2. Perap dlm satu jam atau semalaman utk perapan yg lebih sedap

3. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 180 C dlm masa 40 minitatau ikut suhu oven masing – masing

4. Balikkan ayam setelah 20 minit pertama dan bakar sehingga masak

ayamBtumisBbriyani - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Tumis Briyani

Bahan – Bahan

500 gm ayam

3 sudu besar rempah beriani

30ml santan

1 sudu besar minyak sapi

sedikit minyak

rempah empat sekawan

daun pandan

Bahan Kisar 

2cm halia

2 ulas bawang besar

3 ulas bawang putih

1 tangkai cili hijau

Cara – Cara : 

1. panaskan minyak sapi dan minyak. tumiskan bahan kisar dan rempah empat sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.

2. kemudian masukkan rempah briani dan tumis seketika.tuangkan sedikit santan. kacau perlahan-lahan sehingga agak kering.

3. selepas itu, barulah masukkan ayam dan gaul seketika.

4. angkat dan perapkan ayam semalaman.

5. keesokan harinya panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga garing.

ayamBgorengBbungaBkantan - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Bunga Kantan 

Bahan – Bahan 

4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang

2 ulas bawang merah dihiris nipis

2 ulas bawang putih dicincang halus

1/2 inci hali dihiris

1 sudu besar sos ikan

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 kuntum bunga kantan di potong kasar

2 biji bawang besar dipotong kasar

1 biji kecil capsicum hijau

1 biji kecil capsicum merah

Cara – Cara:

Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila naik bau, masukkan ayam.  Goreng sehingga airnya kering.  Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam.  Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.

ayamBblackpepperBbermayonis - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis

Bahan – Bahan 
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dgn garpu)

1 sudu kecil blackpaper

2 cm halia ( agak-agak je)

2 biji bawang putih

1/4 biji bawang besar

1 sudu besar madu

1 sudu besar gula

1 sudu kecil kicap manis

1/2 sudu kecil garam

2 sudu besar mayonis

sedikit lada sulah

Cara – cara 
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dgn sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dlm bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dlm peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pd suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia utk dihidangkan, Selamat

Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit

 permukaan ayam tu)

ayamBvietnam - 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Vietnam 
Sumber: WATTIE’S HOMEMADE

Bahan-bahan:

7 ketul paha atau kepak ayam – dipotong kecil ( wani guna 1/2 kg ayam )

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar gula

1 sudu besar kicap

1 biji telur

4 sudu besar tepung ubi ( 2 sudu besar  )

Minyak utk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:

(Ditumbuk kasar)

3 batang serai

10 tangkai cili padi ( 7 biji lada burung merah + hijau )

4 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah ( 4 – 5 ulas bawang merah  )

3 labu bawang besar – dibelah 8 ( wani guna 1/2 labu je  )

4 tangkai daun kari ( wani guna 1 tangkai  )

Bahan-bahan Perasa:

1 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos ikan (wani tambah )

1 sudu besar kicap

1 sudu besar gula

1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dgn sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dgn tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng aam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dlm kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

Nota: Ada masukkan air sikit ke dlm bahan tumis utk kuah.


Loading...

Tags: #Ayam #Keluarga #Koleksi #MENU #Mudah #Pilihan #Resepi #Ringkas #Seisi

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yg Ringkas Dan Mudah Utk Seisi Keluarga"