13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Loading...

untitled design 23 06 08 561004 1 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Nama-nama seperti latte, espresso, cappucino mungkin anda biasa dgn dan cuba. Tapi tahukah anda terdapat pelbagai lagi cara bancuhan kopi di luar negara? Namanya pun berbeza dan ada yg guna bahan tambahan seperti lemon dan keju. mcm menarik kan? Jom tengok apa lagi kopi yg ada.

1. DRIP COFFEE, AMERIKA SYARIKAT

1. Drip Coffee - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Di Amerikat Syarikat, kopinya kebanyakannya dibancuh menggunakan biji kopi Arabica berbanding biji kopi lain. Kajian menunjukkan memanggang biji kopi apabila kopi sedang dibru sebenarnya blh meningkatkan tahap antioksidan dlm kopi. Teknik drip ini juga bermaksud kopi dituang atas penapis dan dibiarkan menitik ke dlm kole atau mug.

2. TURKISH COFFEE, TURKI

2.turkish coffee 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Rasa kopi ini bukan sembarangan orang yg blh meminumnya. Hanya penggemar kopi pekat, mungkin akan suka rasanya. Kopi tradisional ini lebih hitam dan rasanya juga lebih kuat. Jadi kalau anda bukan pencinta kopi sejati, pilihlah minuman lain.

Kopi ini dibuat dgn teknik mendidih (dimasak) dan bukan dibru (air panas dituang atas kopi dan dibiarkan mesra seketika). Disebabkan ia dididih katanya minuman ini mengandungi nutrisi sihat utk jantung yg melindungi arteri. 

3. EGG COFFEE, VIETNAM

3.egg coffee 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Lupakan pencuci mulut, cubalah Vietnamese Egg Coffee. Seperti namanya ia dibancuh dgn kuning telur, susu pekat manis dan sudah tentulah kopi panas. Seakan tiramisu, gabungan susu dan kuning telur memberi khasiat protein.

4. KAFFEOST, FINLAND

4. kaffeost coffee - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Kopi dgn keju ? Itulah hidangan kopi yg akan anda jumpa bila melancong ke sana. Dihidang cara tradisional, kopi rakyat Finland ini akan dituang ke atas keju dipanggil ‘juustoleipa’ dan dibiarkan mesra seketika. Setelah habis kopi anda blh mkn keju tu. Menarik bukan?

5. CAFE’ DES E’PICES, MOROCCO (MAGHRIBI)

5. Cafedes Epices - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Dibuat dr campuran rempah seperti buah pala, lada hitam , biji bijan yg memberi rasa berempah. Sbg antioksidan yg ‘power’, kajian mendapati buah pala juga blh menenangkan perasaan dan meredakan tekanan.

6. CAFE’LAGRIMA, ARGENTINA

6.cafe lagrima 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Dibuat dr susu yg distimkan berserta buih dan sedikit kopi. Cara terbaik mendapatkan khasiat kalsium . Ia seakan cappuciono tetapi tanpa rasa pahit espresso (kopi pekat hitam yg dibru dgn menekan air panas yg dituang diatas biji kopi yg dikisar halus).

7. CAFE’DEL OLLA, MEXICO

7.cafe del olla 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Kopi Mexico yg dibru dlm periuk tanah bersama kayu manis dan ‘piloncillo’(gula tebu mentah). Tapi berwaspada kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yg agak tinggi utk menenggelamkan rasa pahit kopi.

8. CAFE’ AU LAIT, PERANCIS

8.cafe au lait 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Bancuhan 1/2 kopi yg dibru dan separuh susu suam. Terdapat sedikit buih susu diatas kopi. Ini bermaksud kopi dicairkan dgn jumlah susu berkrim yg byk. Tidak seperti kopi lain yg  menggunakan susu sejuk atau creamer.

9. CAFE’BOMBON, SEPANYOL

9.cafe bombon 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Kopi popular rakyat Sepanyol. Bancuhannya adalah 1/2 kopi pekat dan 1/2 susu pekat manis. Hanya dua bahan ini diperlukan dan Cafe’bombon tidak memerlukan gula tambahan. Lihatlah lapisan yg terhasil. Nampak menarik bukan?

10. ESPRESSO ROMANO, ITALI

10.espresso romano italy 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Satu perkara yg disetujui oleh penggemar kopi seluruh dunia adalah penduduk Itali memang arif dgn kopi mereka. Cubalah cara masyarakat Roman menikmati kopi iaitu dgn hirisan nipis Lemon digosok di keliling rim cawan utk mengeluarkan rasa. Unik!

11. FLAT WHITE, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND

11.flat white coffee - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Dipopularkan oleh Starbucks, menu kopi ini telah menjadi terkenal di Amerika Syarikat. Dibuat dr espresso tapi hanya menggunakan 2/3 susu . Ia menjadi opsyen terbaik bg mereka yg ingin mengurangkan penggunaan bahan tenusu.

12. YUAN YANG , HONG KONG

12.yuan yang coffee 0 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

China dan Hong Kong terkenal dgn teh. Tetapi mereka juga ada minuman kopi popularnya tersendiri. Kopi terkenal Hong Kong ini dibuat dr campuran bru kopi kisar dgn teh hitam bersusu. Wow..Macam mana rasanya tu ya?

13. CAFE CUBANO, CUBA

13.cubano coffee 0 2 - 13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa. Ada Bermacam Cara Bancuhannya.

Kopi ini ‘kuat’ dan bebas susu. Dibuat dr kopi hitam ekstra (pekat hitam) dan gula, menjadi kopi kegemaran masyarakat Cuba, Amerika Selatan. Biji kopi hitam (ekstra) yg dipanggang sebenarnya mengandungi 15 sehingga 20 peratus pengurangan kafein berbanding kopi yg cair dan kurang pekat. 

Sumber rujukan: www.shape.com

Loading...

Tags: #AntaraBangsa #Aroma #Bancuhannya. #Bermacam #Cara #Hebat #KOPI #Minuman

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.