12 Susu utk ibu mengandung 2019! Jenama terbaik & diyakini.

Loading...

Memang banyak pilihan susu ibu hamil di pasaran Malaysia! Tapi, yg mana satu paling bagus & dipercayai? Teruskan membaca utk jawapannya.

jenama susu formula utk ibu mengandung di malaysia

Ramai dr kita tak suka minum susu, tapi kalau dah berbadan dua terpaksalah juga minum. Nak elakkan gigi & tulang satu badan sakit.

Masalahnya, iklan di kaca tv semua claim jenama mereka yg terbaik.

Habis tu, kita nak pilih yg mana kan? Ibu senaraikan jenama yg popular dipasaran utk rujukan bersama. (Ibu kongsikan dgn kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.)

Baca artikel mengenai susu ibu mengandung sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui jenama susu formula utk ibu hamil yg dijual di Malaysia.
  2. Memahami cara memilih susu terbaik utk diminum semasa mengandung.
  3. Membandingkan harga susu dr jenama berbeza seperti susu dutch lady – frisomum, susu karihome, susu enfamama & banyak lagi.

Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.

12 Jenama susu ibu hamil yg dipercayai di Malaysia!

1. Susu Mamil Mama

Jenama susu ibu mengandung terbaik dr Dumex

susu formula mamil mama

Harga di pasaran: RM34 utk saiz 600g

Semasa kita merancang utk hamil ataupun menyusu, penting utk kita memenuhi keperluan khasiat yg diperlukan kedua dua ibu dan janin.

Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, utk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.

Sebagai ibu, penting utk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pd peringkat ini. Elok minum susu yg kurang manis & gula tak berlebihan sepanjang 3 trimester kehamilan.

Dumex Mamil Mama dgn rumusan terkini merupakan suplemen khusus utk ibu yg menyokong kesihatan ibu mengandung dan menyusu secara keseluruhan. Blhlah jadi milk booster utk tambahkan susu ibu.

Susu ibu mengandung Mamil Mama direka khas dgn sistem Nutrisi PreciNutri ™ dan kombinasi prebiotik GOS / lcFos dlm nisbah 9: 1 unik dgn paten antarabangsa.

Ia menyokong kesihatan usus yg baik utk ibu hamil,  mengoptimumkan jumlah diet yg betul utk memenuhi keperluan pemakanan anak yg sentiasa berubah.

2. Susu Enfamama A+

Susu utk ibu hamil trimester 1 sehingga 3.

Susu formula Enfamama A+

Harga di pasaran: RM21 utk saiz 300g.

Susu ibu hamil enfamama di rumus khas utk wanita mengandung dan menyusukan anak

Susu ini mempunyai kandungan yg mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan anak dlm rahim

Kaya dgn kandungan asid folik yg berfungsi

  • Menyokong pertumbuhan
  • Perkembangan janin
  • Mengurangkan risiko kecacatan kongenital
  • Susu ibu mengandung enfamama juga mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C yg mempunyai manfaat penting utk pertumbuhan mental anak yg akan dilahirkan

3. Susu Frisomum Gold

Susu tepung utk ibu mengandung dr Dutch Lady.

Susu  formula Frisomum Gold

Harga di pasaran: RM44.90 utk saiz 900g.

Susu ibu hamil Frisomum gold di adun khas utk wanita hamil dlm memenuhi keperluan nutrisi dan pemakanan ibu dan bayi. Dikeluarkan oleh jenama yg dikenali ramai, keluarga besar susu dutch lady.

Susu ini mengandungi nutrien Prebiotik yg blh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yg jika dibiarkan menyebabkan buasir

Antara khasiat yg terkandung dlm susu ini mengandungi

  • ALA
  • LA
  • Nucleotides
  • Asid Folik
  • Kalsium
  • Zat besi

Semua khasiat ini diperlukan badan ibu mengandung semasa hamil dan menyusukan anak. Memang patut masuk dlm wishlist ibu hamil.

Bacaan menarik: Susu Frisomum gold utk trimester 1-3 kehamilan.

4. Susu Prenagen Mommy

Susu utk ibu hamil 1-9 bulan.

Susu formula Prenagen Mommy

Harga di pasaran:
Perisa: Susu ini terdapat dlm perisa coklat, Vanila, mocha, strawberi.
Saiz: 200 gram, 400 gram, 600 gram, 900 gram

Susu utk ibu mengandung seterusnya ialah Prenagen Mommy

Semasa mengandung, penting utk kita memberi perhatian kepada nutrisi yg diambil supaya dapat memenuhi keperluan ibu & bayi yg dikandung!

Lengkapkan semua nutrien yg diperlukan ini dgn mengambil susu Prenagen. Susu utk ibu hamil ini kurang gula dan Natrium / garam.

Susu ini mengandungi khasiat seperti:

  • Asid Folik.
  • Zat besi yg telah mengalami microencapsulation
  • Protein.
  • Kalsium.
  • Vitamin D.
  • Magnesium.
  • Fosforus.
  • Omega 3 dan 6.
  • Insulin.

5. Susu Anmum Materna

Susu tepung ibu mengandung dr Fonterra (Pengeluar susu fernleaf)

Susu tepung Anmum Materna

Harga di pasaran: RM36.50 utk saiz 650g

Anmum Materna dirumus khas utk menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan bayi yg sedang berkembang di dlm rahim.

Sesuai diambil oleh wanita yg sedang merancang kehamilan & lebih lebih lagi ibu hamil.

Antara sebab yg membuatkan Ibu suka jenama Anmum ni, kita ada pilihan utk memilih susunya yg berperisa asli dgn tiada kandungan gula tambahan.

Susu ini juga juga rendah lemak dan terdapat dlm pek jenis stik yg memudahkan pengambilannya.

Selain itu, Anmum Materna mengandungi khasiat dibawah

  • Gangliosida
  • Asid lemak penting
  • Asid sialik (Sialic)
  • Asid folik yg berperanan penting utk pertumbuhan mental bayi

Ibu mengandung blh minum susu ini setiap hari utk cukupkan keperluan zat besi & asid folik harian

Bacaan menarik: Susu formula Anmum Materna utk ibu mengandung!

6. Susu Similac Mom

Susu wanita hamil dr Abbot (Pengeluar susu s26)

Susu utk ibu mengandung Similac Mom

Harga di pasaran: RM29 utk pek 900g

Apa yg kita mkn dan minum semasa kehamilan blh memberikan impak kepada perkembangan keseluruhan anak kita.

Ini sebabnya, penting utk kita memastikan nutrien penting terdapat dlm diet harian kita semasa mengandung.

Khasiat yg mencukupi akan memberikan asas yg kuat utk pertumbuhan yg lebih baik dan pembangunan otak terutamanya semasa peringkat awal kehamilan.

Similac MOM dgn rumusan terkini telah di tambah baik adalah mknan tambahan terbaik utk ibu hamil.

Ia mempunyai kandungan lemak yg rendah dan sesuai diamalkan utk ibu hamil dan menyusu.

Susu Similac MOM dirumus dgn Sistem Nutrisi EyeQ, ia kini dilengkapi dgn Vitamin E dan Lutein Asli utk mencegah pengoksidaan DHA, yg penting utk pertumbuhan dan pembangunan otak anak kita sebelum dilahirkan.

Bacaan menarik: Susu similac mom yg kaya dgn DHA & vitamin!

7. Susu Nestle Mom & Me.

Susu ibu hamil

Susu ibu hamil Nestle Mom & Me

Harga di pasaran:
Saiz:

Bila anda mengandung, anda memerlukan lebih protein, zat besi dan asid folik berbanding sebelumnya. Sebab apa yg anda mkn akan menjadi sumber nutrien utama utk di manja anda membesar di dlm kandungan.

Di samping itu, keseimbangan bakteria baik dlm mikroflora usus juga penting utk tumbesaran si manja anda.

Susu ini mengandungi banyak khasiat yg bagus utk ibu hamil seperti bifidus BL, asid folik, kalsium, kaya dgn DHA, protein & zat besi.

Beberapa jenama susu kambing utk ibu mengandung.

Atas sebab tertentu, mungkin ada ibu hamil yg memilih susu formula dr kambing. Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa brand yg pernah kami minum sendiri.

Apa yg Ibu perhatikan, kebanyakan jenama di bawah menggunakan susu tepung kambing yg diimport dr luar negara seperti Holland & New Zealand.

Ada juga jenama yg gunakan sumber tempatan. Seingat Ibulah, Higoat pakai susu tempatan. Kena cek semula sebab dah lama berhenti minum brand tu.

Jenama Susu kambing utk ibu mengandung

8. Susu karihome

Susu tepung kambing dr New Zealand yg blh diambil ibu hamil.

Bacaan menarik: Susu tepung karihome.

9. Lazz susu kambing – set mak buyong.

Susu formula utk ibu hamil jenama Lazz.

Bacaan menarik: Lazz susu kambing.

10. Susu Higoat utk ibu hamil.

Susu kambing utk ibu hamil dr HR Marketing.

Bacaan menarik: Susu Hi goat.

11. Susu Wildan

Susu kambing utk ibu mengandung terbaik!

Bacaan menarik: Susu tepung karihome.

Dan sampai juga kita ke susu terakhir dlm senarai ni.

12. Susu Momma Pregolact

Susu berkhasiat jenama tempatan utk ibu hamil & menyusu dr Momma.

Susu Momma Pregolact

Ibu akhiri senarai ini dgn jenama tempatan. MOMMA Pregolact adalah susu formula terbaik yg dirumus khas utk susu ibu hamil dan sedang menyusukan anak.

Rumusannya mengandungi khasiat lengkap utk kegunaan kedua-dua ibu dan bayi.

Susu ini mengandungi bahan Activ-4 Plus yg mengandungi khasiat semulajadi yg penting seperti

  • DHA
  • Kalsium
  • Asid Folik
  • Vitamin dan Mineral

Memahami kepentingan menjaga paras gula semasa hamil, susu ini tidak mempunyai krim, rendah kandungan lemak & tanpa gula tambahan.

Khasiat yg cukup akan meningkatkan imuniti badan melawan kuman & virus yg berbahaya.

Harga dah mahal. Tapi betul ke bagus? Entah entah gula je banyak!

Ibu mengandung memang sangat bagus minum susu.

Doktor & nurse pun selalu ingatkan.

Tapi..

Kenapa ya?

Hari ini Ibu akan berkongsi kebaikan minum susu kepada wanita hamil. Dan macam mana nak pilih jenama susu yg terbaik utk kita.

Sebab, saintis & penyelidik luar negara banyak buat kajian tentang susu dr dulu sampai sekarang.

Terutama sekali semasa ibu sedang hamil.

Dengan membaca artikel menarik ini sampai habis, kita akan dapat menjawab banyak soalan yg berlumba lumba di fikiran.

Contohnya seperti, apa kesan minum susu pd ibu & bayi. Dan apakah susu ibu hamil paling bagus.

Kita cari jawapannya bersama.

Susu utk ibu mengandung bukan saja utk kalsium!

Tiap kali kita sebut susu mesti teringat tentang kalsium sebab iklan susu di kaca tv dah lama sebut perkara yg sama

Sebenarnya, ada banyak kebaikan meminum susu yg diperolehi ibu hamil & anak yg dikandungkan dan manfaatnya bukan saja semasa kita hamil, tapi sehingga mereka dewasa

Apakah ia?

Kebaikan susu utk ibu mengandung yg wajib diketahui.

Ibu pasti, Kelebihan pertama ni semua orang dah tahu.

Kelebihan susu utk ibu hamil.

1. Kaya Kalsium utk membina tulang & gigi yg kuat

Susu adalah sumber kalsium yg penting utk pembentukan tulang & gigi.

Dan, setiap hari bekalan kalsium dlm badan kita semakin hilang.

Jadi penting utk kita tambah semula supaya simpanan kalsium sentiasa cukup.

Sekiranya ibu hamil kurang mengambil minuman & mknan yg kaya kalsium, Risiko utk kita kehilangan kalsium dr tulang bertambah.

Terutama kalau kita jenis suka bersukan di taman dan jalan jalan.

Kerana anak dlm rahim sedut dr ibunya

Itu yg gigi, tulang tulang & sendi rasa sakit sakit.

Bacaan menarik: Susu formula anlene utk tulang & sendi yg kuat!

Tapi, bagi ibu yg ada masalah berat badan dan ada sejarah keluarga menghidap kencing manis semasa hamil pastikan tanya doktor dulu sebab susu pun ada kandungan gula juga.

Tak kiralah susu segar ataupun susu tepung.

Bagi ibu hamil yg sihat, berapa cawan susu yg baik diambil setiap hari?

Menurut USDA, ibu hamil  yg sihat minum 3 cawan susu setiap hari

Keperluan kalsium ibu hamil menurut umur

  • 19 thn ke atas ~ 1,000mg kalsium / hari
  • 18 thn ke bawah ~ 1,300mg / sehari. 

1 cawan susu rendah lemak seperti jenama susu hl utk ibu membekalkan 305 mg kalsium

Jadi contohnya jika kita berusia 30 thn & sedang hamil, blh lah minum 3 cawan susu hl utk wanita mengandung cukupkan kalsium harian

Lain pula bagi wanita yg kahwin muda, lepas habis SPM dah kahwin, usia 18 thn perlu minum 4 cawan susu sehari.

Selain kalsium, susu juga kaya dgn protein.

2. Protein utk pembesaran janin

Ahli sukan memang digalakkan minum susu sebab mereka perlukan tulang & otot yg kuat.

Ibu mengandung pun sama.

Semasa hamil, berat badan bertambah, perut pun makin besar, protein & kalsium dr susu akan membantu tisu & otot yg sihat

Protein & Susu.

a. Kandungan protein dlm susu.

Secara umumnya

1 cawan susu rendah lemak yg membekalkan 8.22 g protein.

Cara terbaik utk cek ialah cuba semak jadual label nutrisi di belakang botol susu.

b. Kebaikan protein dlm susu.

Protein mempunyai beberapa fungsi penting semasa kehamilan iaitu

  • Pembentukan rahim
  • Penghasilan darah
  • Pembinaan payudara utk mengeluarkan susu ibu
  • Perkembangan bayi
  • Bantu mengawal paras gula darah & kenyang lama
  • Membantu kawal selera mkn

Diet ibu mengandung yg kekurangan akan menyebabkan

  • Berat kelahiran bayi yg rendah
  • Masalah kesihatan selepas bayi lahir

Seterusnya

Pastikan kita dapatkan pandangan doktor sebelum melakukan perubahan drastik pd pemakanan kita.

Susu juga kaya dgn Vitamin D utk penyerapan kalsium yg lebih baik

3. Vitamin D dlm susu bantu tulang & gigi yg kuat.

Susu kaya dgn vitamin D, khasiat penting semasa hamil utk mengelakkan berat badan yg rendah.

Kajian menunjukkan, ibu yg minum susu akan mencukupkan 59% keperluan vitamin D harian.

Seterusnya,

4. Mengelakkan gastrik ketika mengandung

Susu dapat mengurangkan asid perut yg blh menyebabkan gastrik dan masalah pedih ulu hati semasa hamil yg kerap berlaku di terimester ke 3.

1 gelas susu sejuk akan mengurangkan masalah pedih ulu hati & masalah gastrik.

Baik hati hati sebelum kena kan.

Seterusnya,

5. Sumber air

Susu membekalkan air yg diperlukan badan. Ibu hamil mestilah memastikan air yg diminum mencukupi supaya semua proses dlm badan berjalan dgn lancar.

Seterusnya,

6. Anak membesar lebih tinggi & risiko diabetes berkurangan.

Ibu hamil yg minum susu akan mempunyai anak yg lebih tinggi.

Anak ini juga lebih rendah risiko menghidap diabetes sepanjang hayat kerana kandungan hormon insulin dlm badan lebih tinggi berbanding dgn kanak-kanak yg dilahirkan oleh ibu yg kurang minum susu.

Bila waktu sesuai minum susu ibu mengandung?

Amalan minum susu memang digalakkan doktor & pakar pemakanan, terutama sekali bagi wanita sebab wanita terdedah kepada penyakit osteoprosis (tulang reput).

Wanita yg suka minum susu dapat banyak kelebihan tau.

Antara kelebihannya ialah

  1. Memberi manfaat kepada bayi yg baru lahir pd peringkat awal kehidupan
  2. USDA mengesyorkan wanita hamil tiga cawan susu atau produk tenusu lain setiap hari
  3. Wanita yg minum susu sekurang-kurangnya 150ml setiap hari semasa merancang utk hamil lebih cenderung mempunyai anak yg lebih tinggi semasa anak dewasa nanti
  4. Kajian menunjukkan minum susu semasa hamil akan memberi manfaat kepada anak apa mereka dewasa. Tahap insulin anak ini semasa dewasa lebih tinggi & mengurangkan risiko diabetes jenis 2
  5. Susu adalah antacid yg hebat & membantu masalah sakit perut & gastrik semasa mengandung

Dengan khasiat minum susu yg banyak, elok kita lazimi minum susu.

Tapi, jika kita masih berasa was was, blh dapatkan nasihat doktor.

Jenis susu ibu mengandung di pasaran Malaysia.

Ada banyak susu di pasaran dan belum cerita tentang jenama susu lagi.

Secara umumnya, ibu mengandung minum susu utk bekalan kalsium dan ada 2 jenis susu yg blh diambil iaitu

  1. Susu segar (Terbaik)
  2. Susu tepung
  3. Dan sekiranya memang kita jenih alah & loya minum susu, mungkin blh mkn pil kalsium dgn mengambil pandangan dr doktor terlebih dahulu.

Apakah susu ibu mengandung yg terbaik di Malaysia?

Kalau ibu nak minum susu, paling elok minum susu segar kerana kandungan gula tidak setinggi susu tepung (formula).
Ibu sendiri suka minum susu segar utk pilihan terbaik, dlm peti ais tu sentiasa ada susu utk keperluan kami sekeluarga.
Susu segar pun kita blh pilih nak minum susu lembu atau susu kambing.
Susu lembu tak semua perut tahan minum. Sebab apa?
Pantang minum saja mesti perut sakit. Apatah lagi masa mengandung, sakit memulas mulas perut tu.
Bagi ibu yg pantang minum susu lembu kerana lactose intolerance. 
Ibu galakkan minum susu kambing.
Nak minum susu kambing segar ada saja di jual di pasaraya tapi harga susu kambing memang blh tahan mahallah.
Susu lembu segar pun dah mahal, apatah lagi susu kambing segar.
Selain harganya yg mahal, susu segar juga sensitif & cepat rosak.
Cuba ingat semula, mesti pernah kita beli susu segar & simpan dlm peti ais. Sampai lupa minum, sedar sedar dah lepas tarikh luput.
Bila perasan, bau dan rasanya dah berubah.
Pernah kan? Tapi tak mengapa, ada alternatif utk susu kambing yg lebih murah. Beli saja susu kambing tepung utk ibu mengandung. 
Ada banyak jenama. Di rumah kami, jenama Higoat & Wildan pernah kami cuba. Nanti Ibu cerita perbezaannya.

Susu lembu lawan Susu Kambing. Siapa menang?

Bandingan antara susu lembu & susu kambing utk ibu hamil.

1. Susu lembu utk ibu mengandung

Kelebihan
  • Kandungan vitamin D & selenium yg tinggi
  • Terdapat pelbagai jenis susu lembu (Rendah lemak/ tanpa lemak, Full cream)
  • Ia mudah didapati
  • Lebih berpatutan dr susu kambing
  • Protein berkualiti tinggi
Kekurangan
  • Lebih sukar dicerna kerana saiz molekul lemak yg lebih besar (dua jam utk dicerna)
  • Boleh menyebabkan alahan & lendir mukus
  • Kandungan laktosa yg tinggi blh menimbulkan rasa tak selesa pd sesetengah orang
  • Bersifat sedikit berasid

2. Susu kambing utk ibu mengandung

Kelebihan
  • Kandungan vitamin A, K, E, dan B6 yg lebih tinggi
  • Kajian saintis mempercayai susu kambing mengurangkan keradangan & lebih selamat diminum orang yg mempunyai keradangan usus berbanding susu lembu
  • Lebih mudah dicerna kerana molekul protein kecil (30 minit utk dicerna)
  • Mempunyai kandungan tryptophan, asid amino penting
  • Kambing memerlukan ruang & mknan yg kurang berbanding lembu. Lebih mesra alam. Lembu membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida ke udara
  • Kaya dgn kalsium
  • Susu kambing paling menyamai susu ibu, jadi ia lebih mudah dihadam & diserap ke dlm badan manusia
  • Pilihan susu terbaik utk mereka yg mengalami “lactose intolerance”
  • Bersifat sedikit alkali
  • Kajian oleh USDA dan Prairie View A & M University mengaitkan susu kambing dgn kemampuan utk memetabolisme besi dan tembaga yg lebih tinggi
  • Rendah kandungan lemak
  • Susu kambing tidak menyebabkan alahan & lendir  / mukus berlebihan. Dan susu kambing tidak
  • Kurang toksik drpada Susu Lembu. Kebanyakan susu lembu penuh dgn hormon pertumbuhan lembu & hormon khusus utk meningkatkan produksi susu. Kambing jarang dirawat dgn bahan-bahan ini
Keburukan
  • Mempunyai selera susu yg cair, manis dan sedikit masin
  • Kurang pengeluaran per kapita berbanding susu lembu kerana saiznya kecil. Sebab itu harganya mahal
  • Kandungan kalori yg lebih tinggi
  • Bau yg kuat
Sekarang kita dah jelas perbezaan kelebihan & kekurangan susu kambing dgn susu lembu.

Bagaimana pula perbezaan antara susu segar & susu tepung?

Ini perbezaannya,
Kelebihan Susu Segar
Walaupun susu tepung dan segar mengandungi kedua-dua vitamin dan mineral penting yg sama, susu segar mempunyai kandungan vitamin b kompleks yg lebih banyak.
Dan ini meliputi vitamin B-5 dan B-12.
Vitamin B5 membantu memastikan membran sel sihat dan Vitamin B12 pula menyokong pengangkutan oksigen yg cekap di dlm salur darah kita.
Badan memerlukan sedikit vitamin B setiap hari utk kesihatan yg optimum.
Susu segar juga mengandungi kandungan fosforus dan selenium yg lebih tinggi sedikit drpada susu yg tepung.
Peranan Selenium & fosforus sangat penting dlm fungsi enzim yg baik.
Kedua dua nutrisi ini juga,
  1. Menyokong metabolisme selular
  2. Meningkatkan fungsi tiroid 
  3. Dan mengekalkan membran sel kesihatan. 
Perbezaan ketara seterusnya Ibu sangat setuju
Kebanyakan orang lebih suka rasa susu segar drpada susu tepung. Ini kerana susu segar mengandungi rasa yg lebih kaya dan lebih lemak.
Kebanyakan dr kita, lebih suka tekstur susu segar berbanding dgn susu tepung.
Kelebihan susu tepung
Ibu pasti semua orang tahu, susu segar tak blh disimpan lama. Jadi, agak susah nak beli susu segar banyak banyak & simpan di dlm peti ais.
Kemudian, kita perlu habiskan susu segar secepat mungkin selepas membukanya kerana nak elakkan rasa & baunya berubah.
Inilah kelebihan utama susu tepung, susu tepung mempunyai jangka hayat yg lebih lama dan tidak perlu disimpan di dlm peti sejuk utk menjaga khasiatnya.
Susu tepung mengekalkan nilai pemakanannya walaupun disimpan dlm masa yg lama.
Harga susu tepung sudah tentu lebih murah drpada susu segar.

Mana satu pilihan yg lebih baik?

Kedua-dua pilihan susu ini sangat hampir kandungan nutrisinya.
Jika kita ada kemampuan lebih dan tak kisah keluarkan duit lebih, pilihan terbaik adalah susu organik segar. 
Susu segar organik mempunyai kelebihan drpada susu tepung dr segi kandungan khasiat dan rasanya yg lebih sedap.
Lemak berkim.
Susu segar organik juga bebas dr antibiotik atau hormon. Sebaliknya, susu tepung mungkin mengandungi nutrien atau bahan tambahan utk menambahkan jangka hayatnya dan kandungan susu tepung tidak sama bergantung pd jenama & pengeluar susu tersebut.
Buat kajian dulu sebelum memlih susu tepung yg hendak dibeli.
Tamat perbandingan susu tepung vs segar.

Kesimpulan tentang jenama susu ibu hamil yg bagus!

Memang terdapat banyak jenama susu utk ibu mengandung di pasaran. Nak pilih yg mana ikut harga & citarasa, pastikan kita minum susu ikut keperluan.
Sebabnya, ada antara susu ini yg tinggi kandungan gula. Jadi periksa kandungan gula dan kalori dlm jadual pemakanan di kotak susu.
Selamat mencuba.


IbuBsyurgaBheader 1 - 12 Susu utk ibu mengandung 2019! Jenama terbaik & diyakini.



Penulis / Editor: Ibu Zaid


Seorang ibu yg sangat suka membaca sbg bekalan utk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia utk percutian keluarga yg indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 thn berkecimpung dlm penulisan blog. Beliau blh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Loading...

Tags: #2019/ #diyakini. #Jenama #Mengandung #Susu #Terbaik

author
Author: 
    Puteri Ramli Si Selir Dirut Garuda Bisa Membuat Seorang Atasan Jadi Office Boy!
    slidegossip.com – Sepak terjang Puteri Novitasari Ramli yg disebut-sebut sbg selir alias wanita
    Mirip Lisa Blackpink, Selingkuhan Petinggi Garuda Ini Oplasnya Lebih Berhasil dr Puteri?
    slidegossip.com – Kasus penyelundupan Harley Davidson dan sepeda Brompton yg melibatkan mantan Dirut
    Jarang yg Tahu, 7 Anak Artis Ini Adalah Atlet Berprestasi yg Membanggakan Negara!
    slidegossip.com – Tak sedikit anak-anak artis mengikuti jejak orang tuanya terjun ke dunia
    Download 50 Quick-Play Grammar Games
    To download the PDF format of this book, you can click the cover

    Comments are closed.