12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

koleksi resipi berbuka puasa 1 25 24 058155 1 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dlm masakan harian anda,  koleksi resipi  lauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti blh membantu anda memilih lauk pauk yg sihat dan enak. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

1. KETAM KUKUS

12 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ketam – bersihkan
  • 500gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji cili bengala merah
  • 1 biji cili benggala hijau
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yg dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dgn telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yg telah digaul ke dlm kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

2. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

11 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung – bersihkan
  • Air secukupnya

BAHAN UNTUK AIR ASAM:

  • 30gm cili padi
  • 10gm cili besar merah
  • 20gm perahan limau kasturi
  • 100ml air asam jawa
  • 1 biji buah tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 5gm garam
  • 5gm serbuk perasa (pilihan)

CARA MEMASAK:

  1. Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
  3. Tuang ke dlm mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
  4. Letak ikan yg siap dikukus di dlm pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
  5. Boleh hias dgn hirisan limau kasturi jika mahu.

3. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI

10 1 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelar
  • I inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai – dimayang halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.
  2. Gaulkan dgn sotong, masukkan juga sedikit garam.
  3. Biarkan dlm 5 atau 10 minit.
  4. Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar sehingga sotong menjadi lembut.
  5. Gunakan api yg besar utk membakar sotong.
  6. Hidangkan dgn sos cili thai.

4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

8 2 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan kembung | dipotong dua
  • 3 biji cili merah | dikisar
  • 15 biji cili padi  | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 5 cm kunyit | dikisar
  • 3 helai daun kunyit | disiat
  • 4 keping asam gelugur
  • 3 batang serai | diketuk
  • 6 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar dan air ke dlm periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.
  2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.
  3. Perasakan dgn garam dgn secukup rasa.
  4. Angkat dan hidangkan.

5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

9 2 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | bersihkan dan tos

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan – bakar
  •  Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu
  • 15 biji cili padi – dihiris halus
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dgn bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
  2. Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang sehingga garing menggunakan api kecil.
  3. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu siapkan air asam.
  6. Bancuh asam jawa dgn air suam. Kemudian buang biji.
  7. Tapiskan dlm mangkuk yg berisi belacan.
  8. Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
  9. Seterusnya perasakan dgn gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
  10. Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

6 3 1 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua
  • 1 cm halia | dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 biji tomato – dipotong baji
  • Sedikit lobak merah – dihiris
  • 3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
  2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar sehingga ikan masak.
  3. Tambahkan tomato dan perasakan dgn garam dgn secukupnya.

7. CUMI BAKAR

4 3 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong –  buang  kepala dan kulit
  • 2 sudu mkn kicap pekat manis
  •  1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • 2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yg dibersihkan dgn tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dgn tumisan tadi sehingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK

5 3 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat selur keladi bersama isi
  • 100 gm isi udang
  • 2 sudu mkn tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
  2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
  3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
  4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
  5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
  6. Letakkan atas dapur dgn api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
  7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yg telah direbus tadi.
  8. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.

9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

2 3 1 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm tofu putih – kukus selama 20 minit
  • 50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 4cm halia – dihiris
  • 500ml stok ayam – atau air rebusan ayam
  • 4 sudu mkn sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yg dibancuh tepung jagung – jika mahu pekat

CARA MEMASAK:

  1. Pijarkan minyak dlm kuali.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
  4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak sehingga lembut.
  5. Perisakan dgn sedikit garam dan gula secukup rasa.
  6. Pekatkan kuah dgn menggunakan air yg dibancuh tepung jagung (opsyen)
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Tuangkan di atas tofu yg telah dikukus terlebih dahulu. Siap utk dihidangkan.

10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

3 3 3 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos
  • 2 sudu mkn sos cili Thai
  • 1 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn sos plum
  • 1/2 sudu mkn minyak masak
  • 1 biji  bawang besar – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 2cm halia muda – hiris halus
  • 2 biji cili merah – cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih – kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sumbat dlm mangkuk dan gaul rata.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sumbut sotong dgn bahan sumbat sehingga paras 3/4 sotong .
  4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dgn lidi.
  5. Susun dlm pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.
  6. Sementara itu sediakan sos.
  7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili sehingga wangi.
  8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
  9. Kacau rata dan perasakan dgn sedikit garam.
  10. Setelah siap, tuangkan sos dlm pinggan sotong yg telah dikukus tadi.
  11. Sotong sedia dihidangkan.

11. SUP KELAPA DAGING BAKAR

1 4 1 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang
  • 1 biji air kelapa
  • 1 kiub stok ayam
  • 100gm isi kelapa | dihiris nipis
  • 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
  • Daun bawang utk hiasan
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan garam pd daging dan bakar pd suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
  2. Masukkan air kelapa ke dlm periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
  3. Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dgn serbuk lada sulah dan garam dgn secukupnya.
  4. Setelah mendidih, pdmkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.

 

12. SUP UDANG DAN NANAS

7 3 - 12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Dididkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.
  2. Tambahkan cili merah dan cili padi.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
  4. Ubah suai rasa dgn menambah garam mengikut cita rasa anda.
  5. Sedia utk dinikmati.

Loading...

Tags: #Berbuka #Lauk #Masak #MINYAK #Pauk #Resipi #Sedap #TANPA

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.