12 Filem Bercorak Patriotik, Kemerdekaan Utk Tontonan Bulan Kebangsaan

Loading...

FILEM 1 - 12 Filem Bercorak Patriotik, Kemerdekaan Utk Tontonan Bulan Kebangsaan

MENONTON filem-filem patriotik sedikit sebanyak dpt menaikkan semangat kenegaraan kita sbg rakyat Malaysia. Pengisian filem patriotik tidak hanya berkisarkan tentang perperangan, malah semangat juang juga turut diangkat menjadi tema sesebuah filem.

Di sini kami senaraikan 12 filem patriotik  yang wajib ditonton bersempena Hari Kebangsaan!

1. Bukit Kepong

Filem Bukit Kepong yg menemui pawagam pd thn 1981 ini berkisarkan mengenai perjuangan pihak polis menentang komunis. Diangkat dr kisah benar yg terjadi pd thn 1950, filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini dilakonkan oleh beliau sendiri bersama Allahyarham Hussein Abu Hassan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

2. Leftenan Adnan

Filem arahan sutradara profilik Aziz M Osman ini telah diterbitkan pd thn 2000. Menampilkan garapan kisah benar Leftenan Adnan Saidi yg terjadi semasa Perang Dunia Kedua, filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

3. Paloh

Menggarap kisah benar penduduk daerah Paloh yg terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pd thn 2003. Mengangkat kisah penduduk Tanah Melayu yg terpaksa hidup dlm tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dgn Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
4. 1957: Hati Malaya
Diterbitkan pd thn 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba. Berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yg berusaha utk menerbitkan sebuah buku bergambar yg bertajuk 1957 – Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan utk mencapai kebebasan.

5. Tanda Putera


Filem adaptasi kisah benar ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini turut diarahkan oleh pengarah prolifik Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

6. PULANG

Filem ini mungkin secara zahir berkisar kisah benar cinta antara Othman dan Che Thom yg terpisah 60 thn tetapi elemen perjuangan kemerdekaan, babak aksi penjajahan

Jepun di Tanah Melayu dan usaha utk mengubah kehidupan agar lebih selesa cukup kuat menjadikan ia antara naskhah patriotik terbaru.

7. LEGASI VAT 69
japo3 1535673652 - 12 Filem Bercorak Patriotik, Kemerdekaan Utk Tontonan Bulan Kebangsaan

Dokudrama utk tayangan TV1 ini adalah kisah benar semangat kepahlawanan lima anak muda kampung iaitu Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT.

Mereka menyahut cabaran utk menyertai unit baharu dlm pertahanan negara pd 1969 yg dikenali dgn nama VAT 69.

8. LALANG

Mengangkat latar ‘period drama’ berlaku sekitar 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Telefilem yg akan ditayangkan di TV1 ini membawa penonton melihat pengorbanan dan jiwa patriotik dlm perjuangan bangsa utk menuntut kemerdekaan negara.

Biarpun penceritaan penjajahan Jepun sering diangkat ke filem atau drama, Lalang mengangkat jati diri yg perlu ada dlm rakyat Malaysia sampai bila-bila.

9. BRAVO 5 (BRAVO LIMA)

Filem aksi/patriotik ini berlatarkan thn 1989, di mana lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yg merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak.

Tanpa bantuan pasukan tentera lain yg sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dgn hampir 200 anggota gerila komunis.

10. EMBUN

Filem arahan Erma Fatima ini yg panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

11. SARJAN HASSAN

Sarjan Hassan (diiklankan dlm poster sbg Sergeant Hassan dlm bahasa Inggeris) ialah sebuah filem peperangan zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu pd thn 1958 yg dilakonkan oleh P. Ramlee.

12. OLA BOLA

Ola Bola mungkin bukan filem mengenai peperangan atau perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi elemen patriotik serta kesatuan yg luhur demi menjaga maruah negara melalui perlawanan bola adalah sesuatu yg menyentuh hati.

Karya ini dianggap filem Malaysia paling berjaya kerana menyatukan semua bangsa utk menontonnya dan pd masa sama meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta.

Loading...

Tags: #Bercorak #Bulan #Filem #kebangsaan #Kemerdekaan #patriotik #Tontonan

author
Author: 
    Lewat Foto Ini, Lulu Tobing Akhirnya Mengaku Telah Resmi Jadi Istri Cucu Konglomerat!
    slidegossip.com – Kabar pernikahan Lulu Tobing dgn cucu konglomerat, Bani M Mulia ternyata
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan

    Comments are closed.