12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

Loading...

Untitled design 26 3 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

Biskut pelbagai rasa dan rupa yg menarik ni memang sedap dinikamati bila-bila masa pun. Ambil sebalang kunyah sambal menonton tv tau-tau licin aje balang tu. Yg pasti hiasan dan corak biskut tu blh membangkit selera sesiapa jua.

Untitled design 18 3 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 Nah ni 12 aneka [email protected] dr Nor Shahidah Mohd Mahayadin, Yummilicios Cakes n Cookies sudi berkongsi 12 resipi biskut  bersama RASA. Laku keras ni kalau buat jualan lagi pulak secara online.

 1. CEREAL & SUNFLOWER SEED COOKIES

Untitled design 9 5 2 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • ½ biji telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm biji bunga matahari
  • 30 gm campuran ceri hijau dan merah

Bahan hiasan :

  • Serbuk nestum secukupnya
  • Biji bunga matahari panggang secukupnya

 CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dgn gula sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
  3. Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
  4. Masukkan biji bunga mata dan ceri.
  5. Gaul rata sehingga terbentuk doh.
  6. Jemput sedikit dan salut dgn serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
  7. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda blh juga menggunakan kuaci atau biji labu

2. MELTING MOMENTS COOKIES

Untitled design 16 2 2 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm corn flakes | dihancur

Bahan hiasan:

Cornflakes hancur secukupnya utk hiasan.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
  4. Masukkan cornflakes hancur, gaul rata sehingga jadi doh
  5. Jemput sedikit doh dan golekkan ke dlm cornflakes hancur.
  6. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda blh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat lembut.

3. PANDAN SNOW COOKIES

Untitled design 19 2 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 2 sudu teh perisa pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau

Bahan hiasan:

  • Kelapa parut kering

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan esen perisa pandan, pewarna hijau dan telur, kemudian pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
  4. Kemudian masukkan doh ke dlm beg piping.
  5. Bentukkan ikut bentuk kegemaran, dan taburkan kelapa parut kering.
  6. Panaskan oven dan bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF: Gunakan kelapa parut yg dijual dlm tin.

4. TRIPLE M & M COOKIES

Untitled design 24 3 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  •  100 gm mentega
  • 1 sudu mkn susu tepung
  • 50 gm gula aising
  • ½ biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 230 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak

Bahan hiasan :

  • Coklat M & M secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dgn gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung, gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum, dan sehingga membentuk doh.
  4. Simpankan sebentar di dlm peti ais lebih kurang 10 – 15 minit.
  5. Bentukkan bulat dan tekan dgn garfu.
  6. Susunkan coklat M & M diatasnya. Susun di atas dulang pembakar yg sudah digriskan dgn mentega.
  7. Panaskan oven dan bakar pd suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Susun biskut jarak jauh sedikit kerana ia akan mengembang. Dohnya agak lembut.

5. HAPPINESS SHIP COOKIES

Untitled design 14 2 1 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  •  100 gm mentega
  • 1 sudu mkn susu tepung
  • 50 gm gula aising
  • ½ biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 230 gm tepung gandum gandum | diayak
  • 30 gm badam  | dihancurkan kasar

Bahan hiasan :

  • Kacang badam, buah-buahan campuran dan coklat urai warna warni secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dgn gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung.
  3. Masukkan tepung gandum dan masukkan badam sehingga menjadi doh.
  4. Simpankan doh sebentar di dlm peti ais selama 10 minit.
  5. Bentukkan dgn acuan bentuk kapal.
  6. Hiaskan dgn kacang badam, buah-buahan campuran dan taburkan coklat urai.
  7. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius dan perang keemasan.

INFO CHEF : Coklat M & M ini juga blh dimasukkan dlm adunan jika suka, anggaran 30 gm

6. MILKY ALIEN COOKIES

Untitled design 17 2 1 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  •  125 mentega
  • ½ tin susu pekat manis
  • 400 gm tepung jagung | diayak
  • 4 sudu mkn susu tepung | diayak

Bahan hiasan :

  • Cip coklat dan coklat urai

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dlm mangkuk adunan.
  2. Adunkan semua bahan sehingga menjadi doh.
  3. Bentukkan menjadi seperti choc kiss.
  4. Hiaskan dgn cip coklat dan coklat urai.
  5. Panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius, bakar api bawah sehingga 25 minit sehingga di bawahnya perang keemasan.

INFO CHEF : Hanya dgn menggunakan empat bahan anda blh membuat biskut alien yg sedap ini.

7. LEMON & CHERRY BUTTER COOKIES

Untitled design 15 1 3 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan mentega
  • 1 ½ cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2/3 cawan jus lemon
  • 4 cawan tepung naik sendiri | diayak
  • ½ sudu teh garam halus
  • 3 sudu mkn parutan kulit lemon
  • 1 sudu teh baking soda | diayak

Bahan hiasan :

  • Ceri merah dan ceri hijau

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega dgn gula sehingga kembang.

2. Masukkan jus lemon dan telur, pukul rata

3. Masukkan tepung naik sendiri.

4. Masukkan garam halus dan baking soda

5. Akhir sekali masukkan kulit lemon, gaul dana adun sehingga membentuk doh

6, Simpan adunan dlm peti sejuk dlm 10 minit.

7. Masukkan ke dlm piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dgn buah ceri

8. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Kaya dgn rasa lemon yg masam dan manis. Biskut ini tidak muak dimakan.

8. TANGY ORANGE BUTTER COOKIES

Untitled design 22 3 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan mentega
  • 1 ½  cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2/3 cawan jus oren
  • 4 cawan tepung naik sendiri | diayak
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh baking soda | diayak
  • 2 sudu mkn parutan kulit oren

Bahan hiasan :

  • Parutan kulit oren secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega dgn gula sehingga kembang.

2. Masukkan jus oren dan telur dan pukul rata.

3. Masukkan tepung naik sendiri.

4. Masukkan garam halus dan baking soda

5. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren

6. Simpan adunan dlm peti sejuk dlm 10 minit

7. Masukkan ke dlm piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dgn kulit oren yg diparut

8. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Blh tambah pewarna oren utk warna lebih menyerlah. Gunakan oren Sunkist atau jenama berkualiti utk rasa lebih sedap.

9. ROSE VELVET COOKIES

Untitled design 21 1 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 200gm mentega
  • 30gm shortening
  • 220gm gula kastor
  • 1 biji telur

  • 1 sudu teh cuka mkn
  • 300gm tepung gandum | diayak
  • 30gm tepung koko | diayak
  • 50gm tepung jagung | diayak
  • ¾ sudu teh serbuk penaik | diayak
  • ¾ sudu teh baking soda | diayak
  • ¼ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1sudu mkn pewarna merah

Bahan hiasan :

  • Biji manik warna perak saiz sederhana secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega danshortening dgn gula sehingga kembang.

2. Masukkan cuka mkn,vanilla,pewarna merah serta, telur, pukul rata

3. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik,garam,tepung jagung dan tepung koko

4. Masukkan garam halus dan baking soda, gaul rata.

5. Masukkan adunan kedalam piping beg dgn nozzle bunga

6, Hiaskan dgn manik

7. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius bakar lebih kurang 15-20min.

INFO CHEF : Adunannya agak lembut, jadi ia lebih sesuai dibentukkan secara piping.

10. CAPPUCINO BUTTER COOKIES

Untitled design 7 5 1 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 240gm mentega
  • 4sudu teh pes serbuk kopi
  • 80gm gula aising
  • 220gm tepung naik sendiri | diayak
  • 80gm tepung jagung | diayak
  • 25gm serbuk badam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan:

  • Gula berbentuk hati warna merah secukupnya

CARA MEMASAK :

 1.Pukul mentega, gula aising sehingga kembang.

2.Masukkan pes kopi,vanilla dan telur, pukul rata

3.Masukkan tepung naik sendiri,tepung jagung dan serbuk badam

4.Masukkan kedalam piping beg, dan paipkan seperti semperit.

5. Hiaskan dgn gula hati warna merah

6. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Serbuk kopi dijadikan pes dgn mencampurkan dgn air secukupnya sehingga menjadi pes.

11. COFFEE AND CEREAL COOKIES

Untitled design 11 2 1 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 50 gm mentega
  • 1 biji telur |  kuning sahaja
  • 20 gm gula aising
  • 80 gm tepung naik sendiri | diayak
  • 30 gm instant coffee | diayak
  • ½ sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan :

  • Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
  4. Adun menjadi doh sehingga blh diterap dgn acuan biskut @ cookie cutter
  5. Hiaskan dgn corn flakes hancur dan cip coklat putih.
  6. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda blh memasukkan sedikit corn flakes utk rasa yg lebih rangup

12. RAINBOW RING COOKIES

Untitled design 20 4 - 12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dr Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 80gm gula aising
  • 250gm tepung gandum | diayak
  • 80gm gajus | dikisar

Bahan hiasan:

  • Manik biji warna warni @ thousand sprinkles, secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega, gula icing sehingga kembang.
  2. Masukkan gajus kisar dan tepung gandum
  3. Terapkan dgn acuan pemotong biskut
  4. Hiaskan dgn thousand sprinkles.
  5. Panaskan oven, bakar pd suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda blh juga menggunakan jenis kacang yg lain seperti walnut dan pistachio.

RESEPI : NOR SHAHIDAH MOHD MAHAYADIN

Terima kasih : D’Kayangan , Seksyen 13, Shah Alam. Ig : shidamahayadin fb : Yummilicious cakes n cookies

Loading...

Tags: #Biskut #Gerenti #Laku #NI.. #RANGUP #sangat #Sedap #Shahidah.

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.