12 Azab Bagi Mereka Yg Meninggalkan Solat 5 waktu

Loading...

12 Azab Bagi Mereka Yg Meninggalkan Solat 5 waktu || Salam semua, baru – baru ini, di youtube ada terpandang tajuk video pasal confession sebab dah lama tak solat bertahun. Muka beliau memang familiar sebab masuk tv. Selalunya kalau buka youtube, memang akan keluar lah video – video yg direkomen oleh youtube nak suruh kita tonton.

12 Azab Bagi Mereka Yg Meninggalkan Solat 5 waktu

Siapa kenal Hazeman Huzir host motif viral tu dia lah yg buat confession, dah tonton video tu tapi audio tak berapa nak clear. Dulu dia berambut putih kan, kalau siapa yg pernah tonton rancangan motif viral memang kenal la dia. Pernah tanya diri sendiri, bila tengok Haze kat tv, kenapa lah rambut putih huu, blh bawa solat ke tak ?

Semalam hari Jumaat pun kandungan khutbah pasal solat tiang agama. Kat area rumah sini , memang dengar, duduk kat dapur memang dengar jelas, tok imam bagi khutbah Jumaat. Walaupun masjid seberang sana, suara memang jelas, kita ni khusyuk la dengar sekejap. walaupun kadang – kadang tenggelam timbul sebab buat kerja hii.

Petang tu pulak tertonton Al – kuliyyah pasal solat jugak. Allah, banyak pasal tajuk solat ni, lupa pulak, bersempena israk dan mikraj, kan kita baru sambut israk mikraj. Israk mikraj kalau kita tak tahu cerita kadang- kadang kita pun blh terlupa betul tak. Semasa peristiwa mikraj Nabi Muhammad SAW, diangkat ke Sidrat al Muntaha utk menghadap Allah. Di sini lah Allah turunkan perintah solat dr solat 50 waktu ke solat 5 waktu.

Orang dulu – dulu macam mana lah blh solat 50 waktu, akhir zaman sekarang ni yg solat 5 waktu pun liat kemain, bukan setakat liat malah tak solat langsung pun ada. 🙁

Berbalik kepada apa yg nak disampaikan dekat sini, point utama solat ini tiang agama, tak solat runtuh lah agama nya, Kalau sempat bertaubat, Allah Maha pengampun terhadapnya sebab manusia ini lemah tak lari dr kesilapan. Cuma yg paling takut, kalau Allah nak bagi istidraj yg kita bangga kita tak solat, itu lagi kasihan, nanti lama- lama kita memang selalu dlm kelalaian. Semoga dijauhkan.

Oh lupa pasal Haze tu dia dah buat confession yg dia dah berubah, dia tahu bukan dia seorang jer, kat luar sana masih ramai. Mudah – mudahan bila kita tengok perubahan orang lain blh jadikan iktibar utk kita semua. Kita nak berubah kerana Allah bukan kerana orang lain. Dan didoakan semoga Haze  sentiasa di dlm hidayah Nya.

Sedikit perkongsian yg diambil dr laman web Jabatan Agama Islam Perak, 12 azab bagi mereka yg meninggalkan solat 5 waktu. Point yg pendek dan jelas, meremang bulu roma ni dengar azab bagi orang yg meninggalkan solat 🙁

12 Azab Bagi Mereka Yg Meninggalkan Solat 5 Waktu 
Sumber dr Jabatan Agama Islam Perak

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yg mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yg merbahaya ke atasnya.

Tiga drnya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

• Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dr usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
• Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin drpadanya.
• Dia akan dibenci oleh orang-orang yg beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

• Ruh dicabut ketika dia di dlm keadaan yg sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
• Dia akan merasa yg amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
• Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yg akan dihadapinya ketika berada di dlm kubur, antaranya :-

• Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yg sangat menggerunkan.
• Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
• Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

• Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
• Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
• Allah S.W.T akan menyiksanya dgn api neraka.

Loading...

Tags: #Azab #bagi #Meninggalkan #Mereka #Solat #Waktu

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.