10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

Loading...

Untitled design 24 1 3 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

Siapa tak suka kek homemade segar dan panas dr oven. Kepelbagaian dlm bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek.

Samada dr buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dr Adriana Cakes House berkongsi resipi 10 variasi kek utk pembaca dan pengikut RASA.

  1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

Untitled design 11 3 1 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
    *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak. 

Bahan B:

  • 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
  • 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dlm oven pd suhu 160 C)
  • 240 gm gula halus
  • 180 gm minyak jagung
  • 2 biji telur saiz A

Bahan krim keju :

  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 10 gm whipping cream
    *Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar utk hiasan CARA MEMASAK :

Kek :
1. Putar gula dan telur sehingga kembang

2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi sehingga sebati dgn kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dgn kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pd loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dlm ketuhar pd suhu 170 darjah celcius yg telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dr oven dan biarkan sebentar dlm loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.

 Krim keju :

  1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
  3. Masukkan whipping cream ke dlm adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pd kek.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)

Waktu memasak: 40 – 50 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yg lazat.

INFO CHEF : Selain badam anda juga blh menggantikan dgn kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.

2. KEK JAGUNG LAPIS

Untitled design 7 7 1 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

 BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 5 biji telur gred A
  • 160 gm gula
  • 125 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
  • 75 gm minyak jagung
  • 15 gm ovalet
  • 2 sudu mkn susu segar

Bahan kastad :

  • 1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
  • 225 gm gula castor
  • 10 gm serbuk agar agar
  • Sedikit pewarna kuning
  • 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
  • 75 ml air
  • Secubit garam
  • 400 gm ( 1tin jagung krim)

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul sehingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dlm tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas mentega.
  3. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  4. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dr oven dan sejukkan di atas redai. 
  5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.

Kastad:

  1. Satukan semua bahan utk kastad (kecuali jagung dlm tin) dlm bekas tahan panas.
  2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan w
  3. Kacau sehingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Pdmkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .

Cara buat lapisan kek jagung

  1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
  2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dlm loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit. 
  3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dgn sekeping lagi kek.
  4. Ratakan biar memenuhi bahagian yg kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dgn kek dan kemudian kastard dan di akhiri dgn kek.
  5. Isi ruang ruang tepi kek dgn lebihan kastard.
  6. Kemudian masukkan dlm peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dr acuan.

*Bahagian yg ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dgn bahagian kastad dan akhir dgn kek.

Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)

Waktu memasak: 45 – 50 minit

Keistimewaan: Rasa jagung dpt dinikmati dlm kastad jagung yg dibuat   

INFO CHEF : Simpan dlm peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.

 3. KEK CAWAN COKLAT

Untitled design 2 6 2 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

 BAHAN-BAHAN :

 Bahan A :

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko | diayak
  • 1 cawan gula kastor

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur saiz A

Bahan buttercream coklat :

  • 100 gm krimwell
  • 100 gm shortening
  • 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
  • Pewarna jika perlu
  • ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul sehingga kental)
  • Sedikit perasa coklat/ pes coklat

CARA MEMASAK :

  1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
  2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Dalam satu bekas lain, dgn menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  4. Masukkan adunan coklat tadi ke dlm adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung yg telah di ayak dan putar sebati.
  6. Isi ke dlm cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pd suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
  7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian blh di hias menggunakan krim buttercream.

Topping buttercream coklat :

Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dlm beg piping, sedia utk digunakan.

Saiz hidangan: 20 biji kek cawan

Waktu memasak: 45 – 50 minit

Keistimewaan: Kek cawan kaya dgn rasa coklat dan koko   

INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.

  1. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE

Untitled design 15 2 2 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 4 biji telur gred A
  • 180 gm gula kastor
  • 170 gm tepung kek | diayak
  • 2 sudu mkn serbuk kacang pecan
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu mkn ovalet
  • 50 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh perisa badam

Bahan krim:

  • 200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)

Bahan Choc Ganache :

  • 100 gm coklat masakan
  • 100 gm non dairy whipping cream
  • 1 sudu mkn mentega

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
  2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
  3. Pukul dgn kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
  4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dlm loyang 20 sm yg telah dilapik dan disapu mentega.
  6. Bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
  7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dr loyang pembakar.
  8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.

Coklat Ganache :

  1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
  2. Masukkan whipping cream yg telah mendidih tadi ke dlm mangkuk berisi coklat masakan.
  3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Menghias kek:

  1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
  2. Sapukan kek dgn whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
  3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dgn menggunakan whipping cream. Simpan di dlm peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
  4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
  5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dgn baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)

Waktu memasak: 40 – 45 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yg lazat   

INFO CHEF : Coklat ganache yg betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.

5. KEK TIRAMISU

Untitled design 17 3 2 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN:

Bahan kek span perasa kopi :

  • 150gm tepung superfine | diayak
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh perasa kopi

Bahan sirap kopi:

  • 1 sudu besar kopi paket 3 dlm 1(apa apa jenama)
  • ¼ cawan air panas

* Satukan bahan di atas utk menjadikan sirap kopi

Bahan krim keju:

  • 250 gm krim keju
  • 120 gm gula aising
  • 200 gm whipping cream
  • 150gm yogurt perasa asli
  • 20 gm gelatin
  • 80ml air panas

Cara membuat:

Kek :

  1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
  2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
  4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
  5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
  6. Bakar kek pd suhu 170 darjah selama 25-30minit.
  7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Krim keju :

  1. Putar krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Campur gelatin dan air panas. Gaul sehingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dlm adunan keju tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan whipping cream yg telah dipukul sehingga kental ke dlm adunan keju dan gaul sebati.

Menghias kek:

  1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
  2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
  3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
  4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)

Waktu memasak: 30 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Rasa kopi asli dgn aroma kopi 

INFO CHEF :Kek yg menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pd tiramisu ini.

6. KEK LAPIS PANDAN

Untitled design 10 1 2 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 5 biji telur Gred A
  • 160 gm gula
  • 125 gm tepung gandum*
  • 1 sudu teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
  • 75 gm minyak jagung
  • 15 gm ovalet
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 2 sudu mkn susu segar

Bahan kastad :

  • 1050 gm santan (200ml santan kotak + air)
  • 225 gm gula
  • 10 gm serbuk agar agar
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul sehingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dlm loyang tin pembakar (20sm x20sm) yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  3. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak, keluarkan kek dr oven dan sejukkan di atas redai. 
  4. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8sm x 17.8 sm). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.

Kastad :

  1. Satukan semua bahan-bahan utk kastad dlm bekas tahan panas.
  2. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk kacau sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

Membuat lapisan kek pandan :

  1. Tuang 1/3 adunan kastad ke dlm loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastad tadi dan ditekan- tekan sedikit. 
  2. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dgn sekeping lagi kek.
  3. Ratakan biar memenuhi bahagian yg kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dgn kek dan kemudian kastad dan di akhiri dgn kek. Isi ruang ruang tepi kek dgn lebihan kastard.
  4. Kemudian masukkan dlm peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dr acuan dan salut dgn kelapa kering.

*Bahagian yg berkastad tu di atas dan kek di bawah. Kek ni dimulai dgn bahagian kastad dan akhir dgn kek.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1.5kg)

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek berperasa pandan yg lembut dan gebu    

INFO CHEF: Loyang perlu dibasahkan utk memudahkan proses mengeluarkan kek dr loyang pembakar.

7. KEK KEJU OREO

Untitled design 5 4 1 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

Bahan-bahan

Bahan dasar kerak :

  • 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
  • 50 gm mentega | yg dicairkan

Bahan krim keju :

  •  250 gm krim keju @ cream cheese
  •  200 gm non dairy whipping cream
  •  150 gm yogurt biasa
  •  50gm gula kastor
  •  15 gm gelatin
  • • 60 ml air panas
  • • 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sbg hiasan

CARA MEMASAK :

Dasar kerak:

  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dgn pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang utk dikeluarkan.
  2. Tuang mentega ke dlm biskut. Kacau rata. Tuang ke dlm loyang dan pdtkan. Simpan di dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sehingga sejam.

Kek krim keju :

  1. Bancuh gelatin dgn air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
  2. Pukul krim keju cheese dan gula sehingga gula hancur dan nampak gebu.
  3. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi sehingga rata.
  4. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
  5. Tuang separuh adunan ke dlm loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
  6. Sejukkan semula di dlm peti ais lebih kurang 2-3jam.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dlm peti sejuk

Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pd kek keju      

INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut utk memudahkan kek dikeluarkan dr loyang pembakar.

8. KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

Untitled design 16 3 1 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

 Bahan A :

  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 100 gm serbuk koko | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak

*Satukan semua bahan, kemudian ayak dan diketepikan.

Bahan B :

  • 3 biji telur saiz A
  • 400 gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C :

  • 250 ml susu cair
  • 250 ml minyak jagung
  • 2 sudu mkn susu pekat manis

Bahan D:

  • 250 ml air panas

Bahan Mocha Cream cheese:
Bahan A

  • 12 gm gelatin
  • 60 ml air

Bahan B

  • 400 gm krim keju
  • 2 sudu teh kopi segera
  • 60 gm gula aising

Bahan C

  • 300 gm krim putar bukan tenusu

Bahan Coklat Ganache:

  • 250 gm coklat masakan
  • 100 gm non dairy whipping cream
  • 1 sudu mkn mentega

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan semua bahan B, pukul sehingga putih gebu.
    2. Masukkan minyak dan susu cair, dan 2 sudu mkn susu pekat manis. Pukul sehingga sebati
    3. Masukkan bahan tepung yg telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dgn spatula.
    4. Tambahkan air panas dan gaul rata
    5. Tuang adunan dlm loyang bulat atau empat persegi ukuran 20 sm yg telah di gris dan dilapik dasar loyang dgn kertas minyak
    6. Bakar adunan di dlm ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pd suhu 170C
    7. Masa pembakaran 50 minit sehingga 1 jam bergantung kepada kepanasan ketuhar.
    8. Potong kek menjadi 3 atau 4 keping utk dilapiskan bersama mocha cream cheese dan coklat ganache.

 Mocha Cream cheese
1.Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.

2. Satukan gelatin dlm air, kemudian cairkan secara double boil.

3. Satukan bahan B. Pukul sehingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul sehingga licin dan sebati.

4. Dlm bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental.

5. Kaup balik krim putar dlm krim keju sehingga bergaul sempurna.

6. Masukkan dlm piping bag dan dinginkan dlm peti ais sebelum digunakan utk melapisi antara kepingan kek. 

Coklat ganache :

  1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
  2. Masukkan whipping cream yg telah mendidih tadi ke dlm mangkuk berisi coklat masakan.
  3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
  4. Masukkan ke dlm piping bag utk menghiasi dan melapisi di antara kepingan kek.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)

Waktu memasak: 1 jam

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek yg berkrim dan kaya rasa mocha      

INFO CHEF : Pastikan kek disejukkan dlm peti sejuk sekurang-kurang dua jam sebelum dipotong.

9. KEK VANILA KEJU LELEH

Untitled design 20 1 1 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla span:

  • 150gm tepung superfine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping keju leleh :

  • 250 gm keju krim
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Parutan keju cheddar | sbg hiasan

CARA MEMASAK :

Kek vanilla span :

  1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
  2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
  4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
  5. Bakar kek pd suhu 170 darjah selama 25-30minit.
  6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
  7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Topping krim keju :

  1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
  3. Hiaskan atas kek dgn parutan keju cheddar.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju      

INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dr loyang dan dikeluarkan dr loyang utk mengelakkan kek mengecut.

10. KEK CAWAN VANILLA

Untitled design 3 5 2 - 10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 1 1/4 cawan tepung kek | diayak
  • 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Bahan butter cream:

  • 100 gm krimwell
  • 100 gm shortening
  • 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
  • Pewarna jika perlu
  • ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul sehingga kental)

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan oven pd suhu 170C.
  2. Di dlm mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
  3. Di dlm mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dgn menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi sehingga sebati.
  4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dr susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. 
  5. Adunan agak cair. Tuang ke dlm kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
  6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.

Buttercream:

  1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dlm beg piping dan sedia utk menghias kek cawan.

Saiz hidangan: 16 biji kek

Waktu memasak: 20 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek vanilla yg lembut dan gebu

INFO CHEF : Kek vanilla yg sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.  

RESEPI : NORHAYATI AHMAD

TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut

Loading...

Tags: #‘Hot #Ahmad #from #Gebu #Hebat #Norhayati #oven. #Resipi #Super #Variasi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.