10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM…

farm1 1 - 10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP
 Kredit gambar dr google 
10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP || Salam Jumaat semua dan salam syawal terakhir utk thn 1439H.
Musim durian dah sekarang ni. Timeline facebook asyik lalu buah durian jerr sampai kempunan dibuatnya asyik lalu lalang kat wall jerr :D. Diri sendiri pun tak tahu sangat tips nak pilih durian ni macam mana. Sebab tahu mkn jerr :D. Hari tu ternampak la ada orang sharing macam mana nak pilih durian yg betul – betul berkualiti. Ramai betul orang share, maklumlah kan musim durian ni, siapa yg nak kena tipu kan. Beli mahal – mahal tapi bagi harapan palsu apabila tengok isi dlm. 
Terima kasih buat yg sudi share, Dah kreditkan siapa kat bawah sekali ya. Nanti nak guna tips yg beliau bagi. Bila Wani tanya bonda, dia cakap, durian kan banyak jenis, blh terima bulat – bulat ke tips tu. Macam mana tu eh. Macam nak mengiyakan juga pun ada. hii  Nanti pakar- pakar durian muncul ya. :D.. kot ada tips lain. 

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yg banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yg sama saiz, ambil yg paling ringan.

3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yg tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dgn kuku utk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yg berbunyi pdt semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yg berduri pendek dan jarang utk isi yg pdt.

6. Bau.
Hidu durian dan cari yg berbau manis.

durian - 10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP

7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal utk dapatkan isi yg banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.
Pilih durian yg belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dlmnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah utk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yg ‘dipulas ribut’.

 Kredit dr Azlan Noor


Loading...

Tags: #BERKUALITI #Betul #Durian #PILIH #Sedap #tips #untuk #yang

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "10 TIPS UNTUK PILIH DURIAN YANG BETUL BERKUALITI DAN SEDAP"