10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Untitled design 10 4 1 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Coklat cip memang kegemaran amak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yg terlalu kering.

Untitled design 9 4 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest.com . Tentulah tak cantik kalau biskut ‘flat’ mcm ni

Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yg rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.

1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM

Untitled design 7 4 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest.com

Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti

2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)

Untitled design 1 8 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest.com

Jika pilih nak buat biskut yg agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dlm oven yg sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.

3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK
Biarkan ia berehat dlm beberapa minit dlm suhu bilik, agar ia berada kembali dlm keadaan buku yg lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi mcm leceh kan tetapi ingat mentega cair yg panas tidak akan memberi hasil yg sempurna seperti mentega yg telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.

4. PUKUL TELUR SEADANYA
Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.

5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG

Untitled design 2 8 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

foto : pinterest.com

Tambahkan sedikit tepung pd doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh blh ditarik dr sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung sehingga doh blh membulat di tengah mangkuk.

6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP
Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.

7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK
Perasan tak lps bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dlm peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.

8. BISKUT BERSAIZ BESAR.

Untitled design 6 5 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest

Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, utk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yg agak tebal memberikan rasa lebih ummph

9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN

Untitled design 4 6 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : sweet.serious.com

Walaupun anda blh gunakan sudu, utk mendapatkan rupa biskut yg sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan utk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dgn tapak tangan.

10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT

Untitled design 8 1 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest

Perasan tak korang dah letak byk-banyak coklat cip di dlm adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.

Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yg mudah dan klasik sangat…

BISKUT COKLAT CIP KLASIK

final 2 - 10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Foto : pinterest.com

BAHAN-BAHAN :

  • 7 sudu besar mentega
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 1/4  cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
  • ½ sudu baking soda
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat

CARA MEMASAK :

1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni blhlah cairkan mentega dlm keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dlm keadaan lembut..

2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul sehingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur sehingga sebati. Usah pukul terlalu lama.

3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dlm kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.

4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung sehingga doh blh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu byk tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dgn senduk kering.

5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.

6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.

Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar
Masa penyediaan : 45 minit
Masa memasak : 9 minit

Komen anda


Loading...

Tags: #‘Chewy’ #Buat #Coklat #Cubalah #Paling #Resipinya #Sedap #sekali

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…"