10 Tanda Dia Akan Menjadi Jodohmu & Cara Menolak Lamaran Dgn Baik

Loading...

jodoh yang baik 1 - 10 Tanda Dia Akan Menjadi Jodohmu & Cara Menolak Lamaran Dgn Baik
Jodoh adalah topik yg selalu ditanya dan diperkatakan. Dan jika seseorang bertanya tentang jodoh kepada seseorang yg lain maka akan terciptalah berbagai jawapan yg berbeza drpada mereka. Ya! Soal jodoh memang satu yg universal dan sukar utk diungkapkan.

Di dlm agama Islam, jodoh itu bererti seseorang yg telah tertulis namanya di Luh Mahfuz. Bahkan jauh sebelum kita manusia diciptakan ke dunia di mana dia akan ditakdirkan utk menjadi pendamping hidup kita di dunia ini. Tidak dpt dinafikan ada orang jodohnya cepat dan ada yg lambat.

Berikut catatan dr Amir Syahir tentang perihal jodoh.

Masa aku belum kahwin, soalan yg selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku?”.

Rupa-rupanya jodoh tiba dgn cara yg mudah. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.

PERBAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK

Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yg menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yg terbaik. Dlm pencarian mencari yg terbaik, perbaiki juga diri utk menjadi seorang yg baik.

Taaruf merupakan salah satu cara utk mengenali calon pilihan kau. Dlm peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yg baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yg sama kepada dia.

Carilah keserasian. Dlm Islam tetapkan proses pencarian dgn empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yg utama.

Keserasian bermaksud semua persamaan yg ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yg ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dpt rasa perasaan tu.

Jika dlm proses taaruf/mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:

1. Kau rasa telah lama mengenali si dia.

2. Kau rasa rindu ketika berjauhan dgn si dia.

3. Ada ikatan yg kuat. Apa yg dia rasa kau pun rasa sama.

4. Kau rasa selesa di samping si dia.

5. Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dgn si dia.

6. Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu utknya.

7. Setiap perbualan dan perbincangan selalu dpt difahami dan masing-masing puas hati dgn keputusan yg dibuat.

8. Selalu jujur, ikhlas dan percaya pd si dia.

9. Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang utk masa depan.

10. Kau sentiasa sabar dgn segala kerenah si dia.

Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal utkmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dgn sebaiknya.

Hebatnya cara dididikan ibu ini. Enam orang anaknya berjaya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran. Nor Latifah Abdul Rahman, 50 dr Telok Kalong, Kemaman berkata selain menjadikan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga sentiasa dijaga rapi.

Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dgn fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.

JIKA MENOLAK CINTA BIARLAH DENGAN BERHEMAH

Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.

1. Berterus Terang

Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dgn dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.

2. Hormati Si Dia

Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yg selalu caring dekat kau.

3. Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Utk Menolak

Kau dah bercinta dgn si dia 3-4 thn. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yg dia ada. Logik ke? Contohnya;

“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk.”

“Awak muka gelap la.”

“Awak terlalu baik utk saya.”

“Keluarga saya tak suka orang Kelantan.”

Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi utk menolak si dia.

4. Jangan Gunakan Dia

Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang mcm plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat mcm tu kat kau. Apa kau rasa?

5. Doakan Kebahagiaan Dia

Doakan agar si dia berjumpa dgn seseorang yg terbaik utk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.

***

Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 thn, 700 kali mkn tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.

Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dgn dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!

Sumber kredit: Amir Syahir

The post 10 Tanda Dia Akan Menjadi Jodohmu & Cara Menolak Lamaran Dgn Baik appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #akan #Baik #Cara #Jodohmu #Lamaran #Menjadi #Menolak #Tanda

author
Author: 
    Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam
    KETAHUI HAK ANDA! Sekiranya anda adalah penjawat awam, tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan
    90% sekolah daif di seluruh negara sudah dibaik pulih – Maszlee
    Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yg diisytiharkan tidak
    16 Sentence Examples To Help Weak Pupils To Write Pertaining To The BM Word – “ADA”
    Malaysian English Teacher…hopefully these will help.. Every time our pupils begin to write,
    Dipastikan Menikah Hari Ini, Richard Kevin Sudah Pindah Agama Sebelum Nikahi Cut Tari?
    slidegossip.com – Pasangan artis Cut Tari dan Richard Kevin sudah dipastikan akan melangsungkan

    Comments are closed.