10 Sebab Saya Guna Iphone.

Loading...

Oleh : Naim AlKalantani

Sekarang ni dah thn 2019, thn depan 2020 kereta dah blh terbang. Ada satu perkara yg didoktrin dlm kepala rakyat Malaysia; orang yg pakai iPhone adalah orang ada-ada.

Iphone 1 - 10 Sebab Saya Guna Iphone.


Pemikiran sebegini harus dihentikan. Pengguna membeli iPhone bukan sebab mereka kaya. Tapi ada beberapa fungsi dan tahap ke-imersif-nya sangat menawan.

Dalam tiga minggu lps, alhamdulillah aku dpt upgrade iPhone baru selepas beberapa thn menggunakan iPhone 6s. Waktu aku tunjuk kotak iPhone baru di story WhatsApp, ada beberapa rakan yg usik-usik cakap aku kaya, anak lord, mentereng, berenang dlm emas, bersayap wang kertas.

Di sini aku saja la nak tulis beberapa point kenapa aku pakai iPhone.

1. Apple menjanjikan kemas kini sistem operasi iOS selama 5 thn. Update ini dr segi OS dan keselamatan. Tetapi Android phone hanya dijanjikan kemas kini OS selama 2 thn dan kemas kini keselamatan selama 3 thn. Dgn kata lain dan dlm kata yg mudah, jangka hayat iPhone mampu bertahan selama 5 thn dan Android hanya 3 thn. Aku seorang yg tidak gemar menukar telefon dgn kerap. iPhone jika anda membelinya, kadar susut nilainya adalah rendah berbanding telefon Android yg lain kecuali Android tersebut adalah flagship. (P/s: tertuju hanya kepada iPhone original secondhand, bukanya telco set atau refurbished set).

2. Harga iPhone sekarang sangat Yahudi. Hanya siri iPhone XS yg ada fokus kepada flagship dan midrange. iPhone X dan ke bawah, semuanya flagship. Tapi, you get what you pay. Harga memang Yahudi, tapi anda akan dpt pakej Yahudi tu sendiri (set premium maksud aku). Jadinya pengguna tak perlu fikir panjang dah, bila beli iPhone, itu adalah smartphone terbaik (pada ketika itu).

3. Waktu aku guna Android satu ketika dahulu, aku sangat obses utk flash rom baru ke dlm telefon tersebut. Dan aku install mcm-macam dlm Android tersebut. Smartphone aku dah serupa sebuah komputer. iPhone, ‘tak blh buat apa-apa’, dan aku anggap benda ini sbg kelebihan kepada aku. Sebab apa yg aku dpt buat, adalah apa yg iPhone sediakan yg asal sahaja. Zaman aku flash rom mengarut-ngarut ni dah berakhir. Tak ada faedah aku nak jailbreak iPhone aku. Jadinya, set iPhone ini memudahkan pengguna, sebab tak blh buat apa-apa dah.

4. Apple tidak memberi pilihan kepada pengguna. Ada pro dan kontra benda ini. Tapi aku nak cerita pasal pro dulu. Kebebalan iPhone bermula dgn iPhone 7, mereka membuang 3.5mm bicu audio. Dan selepas keluaran iPhone 8, Apple makin menyerlah bebalnya apabila mereka buang terus butang fizikal (solid-state button) pd hadapan screen. Jadi, di mana pro? Kat sini lah pro. Dia tak beli option, jadinya pengguna tak payah fikir panjang ‘nak guna yg mana’, sebab hanya itu yg ada.

5. iPhone adalah perintis kepada telefon pintar Android yg lain. iPhone buat takuk, Android buat juga. iPhone buang 3.5mm bicu audio, geng-geng type-C pun buang juga bicunya. Kita blh nampak betapa besarnya impak ‘Apple’ dlm arena teknologi smartphone ni.

6. Apple tidak membawa teknologi yg baru pd barangan mereka. Falsafah Apple jelas; kenapa perlu menggunakan teknologi baru kalau teknologi tu tak blh digunakan di pasaran? iPhone 8 Plus pun masih tak guna OLED. Hanya iPhone X dan ke atas sahaja yg guna OLED display. Walaupun menggunakan Retina HD, tahap imersif iPhone memang terserlah sejak dr iPhone 6 lagi. Jadi, kenapa perlu guna OLED? Pendapat aku sendiri, iPhone X mula guna OLED kerana nak buang dahi dan dagu iPhone tersebut dan menggantikannya dgn takuk. Contoh lain; berkenaan pengecasan nirwayar, hanya iPhone XS dan ke atas sahaja yg ada. Dan aku akan tanya anda balik, skala 1-10 (10 paling perlu), betapa perlunya wireless charging ini kepada hidup anda?

7. Bila bercakap mengenai performance, kalau perhatikan, performance Apple lebih baik berbanding Android phone. Contoh, Fortnite mobile pd Android memerlukan sekurang-kurangnya 3GB RAM utk menjalankan permua tersebut. Tetapi bg iPhone, hanya memerlukan 2GB RAM. Contoh lain, jika anda mempunyai 16GB RAM pd semua komputer Windows, performance komputer tersebut masih dibawah dr sebuah MacBook yg hanya menggunakan 8GB RAM. Salah satu faktor utama, Apple mengintegrasikan semua perkakasan dan perisian mereka utk ‘berhubung satu sama lain’.

8. Kenapa jadi sedemikian? Kerana Apple yg membuat peranti, dan mereka sendiri membuat sistem operasi utk peranti tersebut. Manakala Android, telefon pintar tersebut dibuat oleh pihak telefon pintar, tetapi sistem operasi di dlmnya dibuat oleh Android (setepatnya Google). (Mungkin) Kesinambungan dr ini, Google pd 2014 menawarkan Android One dimana hampir serupa dgn stock Android tetapi disenergikan dgn telefon pintar tertentu. Jadinya, telefon tersebut dpt memberi performance yg lebih baik kalau nak dibandingan dgn telefon pintar lain yg mempunyai spesifikasi yg sama.

9. Apabila dpt kemas kini sistem operasi, iOS lebih cepat, dan jika mempunyai bugs (pepijat) sekalipun, Apple cepat menyelesaikannya. Tetapi tidak bg telefon pintar yg menggunakan Android kerana Google terpaksa membuat kemas kini yg berbeza bg setiap telefon pintar. Sbg contoh, Android Oreo dilancarkan pd Ogos 2017 tetapi pd Oktober 2018, hanya 19.2% sahaja pengguna yg dpt kemas kini tersebut. Ketimbang dgn iOS, dimana iOS 12 dilancarkan pd September 2018, dan pd Oktober thn yg sama, 50% peranti telah mengemas kini sistem mereka.

10. Face ID dan Touch ID pd iPhone bukanlah gimik utk menyahkunci peranti semata-mata. Tetapi kebanyakan aplikasi lain sudah integrated dgn kebolehan ini. Sbg contoh, Maybank2U hanya memerlukan Touch ID utk kita lihat transaksi dlm bank atas talian. Dan byk aplikasi lain yg memerlukan password, ditukar terus kepada Face ID dan Touch ID. Jadinya, tidak perlu set password baru, tidak perlu set jari baru. Hanya memerlukan jari/wajah anda yg anda setup sbg Face ID dan Touch ID pd iPhone tersebut.

Ini adalah 10 sebab kenapa aku masih menggunakan iPhone. Mungkin kalian akan menulis komentar utk membalas pujian aku terhadap iPhone ini; dan kritikan kalian aku tidak nafikan juga kerana aku sendiri juga mempunyai byk ‘tapi’ dlm menulis entri ini. Jangan risau, entry seterusnya akan hadir dgn ‘beberapa sebab kenapa aku melarang anda membeli barangan Apple’.

Cuma ingin aku tekankan di sini, 2019 ini, seperti yg aku cakap mula-mula tadi, hentikanlah membandingkan ‘strata kaya’ dgn semata-mata melihat iPhone dan Android.

Sumber :

http://www.amanz.my
http://www.Digitaltrends.com
http://developer.android.com
http://www.youtube.com/AmanzNetwork
https://www.techeadar.com
https://www.sportskeeda.com

Loading...

Tags: #Guna #iPhone #Saya #Sebab

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Comments are closed.