10 sebab kenapa teori-teori pengajaran tidak berkesan utk murid di Malaysia

Loading...

teoriBdrBot - 10 sebab kenapa teori-teori pengajaran tidak berkesan utk murid di Malaysia


10 pendedahan kenapa teori-teori pengajaran tidak berkesan di sekolah

1. Sebutlah inquiry, discovery, PBL, HOTS, deep thinking, constructivist dan lain-lain teori drpada Barat semuanya seperti tidak berkesan utk pelajar-pelajar di Malaysia.

2. Kenapa pula begitu?

a) Sebahagian elemen dlm teori-teori di atas adalah presumed dan postulate dan sangat bergantung kepada konteks yg ideal
b) Teori tersebut dirumus oleh orang dewasa dr perspektif dewasa
c) Teori-teori tersebut hanya ‘terbukti’ dlm situasi terkawal ‘luar kelas’ dan dijalankan dlm masa yg singkat bukan diuji dlm situasi kelas sebenar

3. Kajian teori-teori di atas jika dijalankan dlm bilik darjah, wujud byk extraneous dan confounding variables. Namun jika di kawal seboleh mungkin, ia lebih baik drpada kajian makmal atau artificial yg dilakukan oleh ramai penyelidik, malah jauh lebih baik drpada sekadar membaca dan membentangkannya berdegar-degar dlm seminar tanpa seurat benang pun kajian dilakukan.

4. Penyelidik kajian quasi experimental yg sering dipandang skeptikal dan ada yg melebelkannya bukan makam PhD. Pd hemat aku mereka jauh lebih berani dan realistik drpada penyelidik yg hanya mengedarkan kaji selidik kepada guru dan murid misalnya, sekurang-kurangnya drpada aspek:

– ketetapan kajian yg authentic
– kajian dilakukan kepada subjek utamanya (pelajar)
– analisis pre-post yang menunjukkan causality
– keberanian menghadapi realiti dlm bilik darjah

Maka 4 ciri inilah yg sepatutnya menjadikan kajian kuasi adalah satu kajian pendidikan yg praktikal, realisitik dan berimpak – ciri kajian doctorate yg hebat !

5. Aku menyeru (walaupun keseorangan dan dr kejauhan), supaya pegawai drpada KPM yg memohon Ed. D (major pedagogy, instructional strategy), buatlah classroom research kerana itulah keperluan wujudnya Ed D, dan pihak KPM memberi keutamaan kepada kumpulan ini melakukannya di sekolah sendiri utk satu jangka masa kajian yg reasonable contohnya 6 bln supaya hasilnya bukan sahaja blh dimanfaatkan di sekolah tersebut tetapi dikongsi utk seluruh warga KPM.

6. Aku menyeru (walaupun tidak kedengaran sayup-sayup hilang dlm kegelapan malam) supaya keutamaan mendapat biasiswa diberikan kepada calon Ed D dan PhD jika beliau seorang guru.

7. Kurangkanlah mendengar pendapat orang luar, ‘pakar teori’ apatah lagi yg bukan sahaja tiada kajian dlm kelas, kajian luar kelas pun tak pernah buat dan percayalah guru-guru di KPM sendiri, khususnya yg mengambil Ed D, PhD dan latihan-latihan profesional yg lain.

8. Utk info, aku sendiri melakukan classroom research sehingga berjaya mendokumenkan 4 misconceptions baru dlm pengajaran electrochemistry peringkat matrikulasi serta mendapati animasi tidak memberi kesan kepada konsep-konsep asas dan kepada pelajar higher achievers. Maknanya, mereka yg higher achiever tak perlukan animasi utk konsep asas, ajar talk-n-chalk pun sudah memadai. Ini bertentangan dgn sebahagian MLT (multimedia learning theory) oleh Mayer.

9. Sebab itulah Project Based Learning (PBL), discovery, inquiry now dgn HOTS telah wujud sejak 1950an sebelum SPUTNIK lagi pun, tapi diulang-ulang dgn menambah lagi aspek-aspek baru seperti kemahiran berfikir yg menjadikannya lebih complicated dan unrealistic utk dijalankan dlm classroom setting.

10. Namun, teori-teori di atas lebih signifikan di Barat kerana persekitaran pembelajaran yg ‘aligned‘ dgn keperluan teori-teori tersebut atau di negara yg homogen muridnya, lebih kecil kelasnya serta dibantu dgn budaya belajar ‘by hook or by crook‘ sedang kita masih berkiblat kepada exam, mendambakan teknik menjawab soalan, buku-buku suppliment dan seminar-seminar skor A musim cuti sekolah.

Disunting drpada penulisan Dr. OT


Loading...

Tags: #Berkesan #Kenapa #Malaysia #Murid #Pengajaran #Sebab #teoriteori #tidak

author
Author: 
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya

    Leave a reply "10 sebab kenapa teori-teori pengajaran tidak berkesan utk murid di Malaysia"