10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.

Loading...

5238 12 02 943770 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.

Orang kita kalau mkn tak pedas tak umpp…sebab tulah kebanyakan lauk pauk masakan orang Malaysia terutamanya, di kalangan masyarakat Melayu. Utk korang semua yg suka sambal ini ada 10 resipi sambal lauk pauk yg memang terbaik utk berbuka dan bersahur.

5242 12 09 702511 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.

SAMBAL DAGING MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu mknpes cili kering
  • 1 sudu mkn sos tomato
  • 1 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.

5. Gaul rata sehingga sekata, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.

7. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.

8. Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.

**media[]**
SAMBAL DENDENG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu mkn pes cili kering
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 sudu mkn kicap manis
  • 3 sudu mkn kicap pekat
  • Garam dan gula jika perlu
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai | hiris

BAHAN REMPAH PENUMIS

  • 1 batang serai
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Daging yg telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.

2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.

3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.

4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata sehingga pecah minyak.

5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.

6. Kacau rata, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

7. Kecilkan api terus kacau sehingga timbul minyak.

8. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .


5244 12 12 894179 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL SERAI LIMAU PURUT ISI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris kecil
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rsa
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3 batang serai | hiris
  • 3 helai daun limau purut | carik-carikkan
  • 3 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan isi ayam dgn garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.

2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.

3. Setelah naik bau, tambahkan dgn hirisan bawang besar.

4. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.

5. Perasakan dgn jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

6. Kecilkan api, terus kacau seketika.

7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dgn nasi impit atau ketupat.


5240 12 06 394718 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1 biji kentang | hiris nipis
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 150gm hati dan pedal ayam | cuci bersih
  • 1 keping fucuk | rendam
  • Sedikit suhun | rendam
  • 2 biji cili merah | hris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 3 batang kacang panjang | hiris serong
  • 1 sudu mkn kicap pekat
  • 2 sudu mkn kicap pekat manis
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • BAHAN HIRISAN:
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda | hriis memanjang
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

1. Hati dan pedas digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, goreng tempe, kemudian diikuti kentang, tauhu dan akhir sekali hati dan pedal.

3. Keluarkan minyak tinggal sedikit utk menumis.

4. Tumiskan bahan hirisan sehingga wangi, masukkan pedal dan hati ayam. Gaul rata.

5. Seterusnya masukkan fucuk dan suhun, kacang panjang, tempe dan hirisan cili merah dan hijau.

6. Gaul rata, dan masukkan air asam jawa, kicap pekat dan kicap manis.

7. Terus kacau dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

8. Setelah cukup garing, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.


5239 12 04 783977 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL UDANG DAUN KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang | bersih dan tos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 10 biji cili padi | titik
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau
  • 150gm daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan hirisan bawang, cili padi, air asam jawa. diikuti dgn udang.

5. Kecilkan api, gaul rata seketika.

6. Akhir sekali peraakan dgn garam dan gula secukup rasa.

7. Tutup api dan sambal udang sedia dihidangkan.


5246 12 16 150143 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL DAGING BERKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris nipis dan kecil
  • 150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 4 sudu mkn pes cili kering
  • 250ml air
  • 200ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga.

CARA MEMASAK:

1. Bancuh kacang yg telah dikisar dgn air. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.

3. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau sehingga pecah minyak.

4. Masukkan pula daging, terus kacau sehingga daging layu.

5. Tambahkan ke dlmnya bancuhan kacang tanah tadi.

6. Selepas beberapa minit masukkan pula santan.

7. Setelah mereneh perasakan dgn garam dan gula secukup rasaaa.

8. Kecilkan api dan sentiasa kacau sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
5243 12 11 189633 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.

5243 12 11 189633 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.

SAMBALKICAP PERUT CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut lembu | cuci bersih dan rebus sehingga empuk
  • 2 sudu mkn kicap pekat
  • 3 sudu mkn kicap manis
  • 2 sudu mkn air asam jawa
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Sedikit cili benggala merah | hiris
  • Sedikit cili benggala hijau | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai
  • 20 biji cili padi

CARA MEMASAK:

1. Perut lembu dihiris memanjang . Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.

3. Kemudian masukkan perut,

4. Gaul rata dan masukkan kicap pekat dan kicap manis sert air asam jawa.

5. Kacau rata hinggs pes sambal sebati dgn perut.

5. Seterusnya perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

6. Kecilkan api dan dan terus kacau sehingga pecah minyak.

7. Setelah cukup rasa tambahkan hirisan cili benggala, gaul rata.

8. Tutup api sambal sedia dihidangkan.


5241 12 08 059775 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL LODEH PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm perut lembu | rebus dan hiris memanjang
  • 2 keping fuchuk | remdam dan potong kecil
  • Sedikit suhun | rendam
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 5-6 biji tomato ceri | jika suka
  • 3 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 500ml pati santan
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN SAYUR:

  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 3-4 batang putih jagung | hiris memanjang
  • 3 kelopak kubis | hiris kecil
  • 1/2 batang lobak merah

BAHAN HIRIS DAN GORENG:

  • 1 keping tauhu | hiris
  • 1 keping tampe | hiris
  • 1 biji kentang | hiris

BAHAN KISAR:

  • 25 biji cili padi
  • 6-7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.

2. Masukkan perut kacau rata sehingga perut sebati dengn bahan tumisan.

3. Selepas beberapa minit, masukkan pula bahan fucuk, gaul rata.

4. Seterusnya masukkan bahan sayur.

5. Setelah sayur layu, masukkan bahan hirisan yg telah digoreng.

6. Kacau lagi dan masukkan santan, air asam jawa.

7. Setelah mereneh, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

8. Akhir sekali masukkan suhun dan tomato ceri.

9. Kacau rata dan tutup api. Sambal Lodeh sedia dihidangkan.

**media[]**
SAMBAL SOTONG LENGKUAS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz XL | bersihkan dan hiris bulat besar
  • 150gm lengkuas | parut atau kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 keping asam gelugur
  • 150ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan sotong dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Masukkan dlm kuali.

2. Setelah sotong kecut, tutup api dan toskan sotong.

3. Sementara itu, panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.

4. Masukkan santan, asam gelugor dan parutan lengkuas yg telah diperah airnya.

5. Masukkan sotong kacau rata dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

6. Setalah kuah pekat dan cukup rasa, tutup api.

7. Sambal sotong lengkuas sedia dihidangkan.


5247 12 17 551659 - 10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Utk Bersahur & Berbuka. Blh Cuba Ni.
SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4-5 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 1sudu mkn sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukup utk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 hiris halia

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng telur puyuh sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.

3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.

4. Tumis bahan kisar, sehingga wangi.

5. Masukka pes cili bersama air asam jawa. Kacau sehingga pecah minyak.

6. Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.

7. Perasakan dgn garam, gula dan sos cili secukupnya.

8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Loading...

Tags: #Berbuka #bersahur #Cuba #Lauk #Pauk #Resipi #Sambal #sangat #Sedap #Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.