10 Perkara Yg Anda Blh Ucap Selamat Tinggal Setelah Menjadi Guru

BYE 1 - 10 Perkara Yg Anda Blh Ucap Selamat Tinggal Setelah Menjadi Guru

Apabila menjadi guru, anda mendapat pelbagai perkara. Anda blh tiba-tiba menjadi seorang yg multitasking, mengenalpasti masalah pembelajaran / pemprosesan murid dgn sekelip mata, dan mengubah konsep yg mungkin membosankan tetapi menarik ketika pdp sedang berlansung.

Tetapi apa yg anda akan HILANG setelah menceburkan diri dlm bidang pendidikan yg indah ini?

1. Kemampuan anda utk mengingati di mana letaknya kopi/lembaran kerja/kunci kereta/cermin mata dan lain-lain.

via GIPHY
Hi..hi..hi..seorang guru blh ceritakan nama haiwan kegemaran anak muridnya, di mana beliau tinggal, ibunya kerja apa, berapa orang adik beradik, tetapi kemampuannya utk mengingati di mana barang peribadinya yg ditinggalkan tiba-tiba menjadi “lumpuh” utk seketika. Paling parah, handbag pun tinggal merata!

2. Kesabaran

via GIPHY
Tahukan apa perasaan seorang guru apabila namanya dipanggil 320 kali setiap hari oleh murid. Panggilan tersebut pula dgn pelbagai intonasi jeritan, merengek, tangisan dan pelbagai lagi. Blh anda bayangkan 35 orang murid memerlukan bantuan guru dlm satu-satu masa. Setiap hari guru-guru mempraktikan kesabaran ditahap dewa. jadi harap dpt dimaafkan jika beliau pulang ke rumah tiba-tiba sahaja melenting dan kemudia kool down semula..
3. Cubaan utk tidak dikenali ditempat umum
via GIPHY
Sebagai seorang guru, ke mana sahaja beliau pergi, akan terngiang-ngiang panggilan nama beliau. Adakalanya dia merasakan ianya satu halusinasi, tetapi ianya adalah realiti. Ketika bercuti, adakalanya lokasi yg dituju sudah dirasakan dpt mengelak drpada murid atau ibu bapa, namun jangkaan tersebut sering salah! Kadang-kadang terasa mcm dipasang GPS tracker pulak dek budak-budak ni. Tengah beli shampoo dilorong 6 dlm Tesco pun blh terserempak…arggghhh!

4. Keinginan utk bersosial selepas sekolah atau dihujung minggu

via GIPHY
Kepada rakan-rakan yg bukan guru yg menantikan kami, kami mohon maaf byk-banyak. Bukan kami tak mau join, emosi kami sangat letih dan penat. Plan hujung minggu? Hujung minggu pun kadang-kadang di sekolah dik oiii…!

5. Harapan utk generasi masa depan.

via GIPHY
Memang diakui, terdapat beberapa perkara yg kita amat bangga dgn murid-murid kita. Mereka juga adakalanya menjadi sumber inspirasi utk kita terus menjadi seorang guru yg berdedikasi. Namun dua tiga hari ini, di media-media sosial, melihatkan sikap-sikap pelik mereka, merakamkan diri sendiri dgn aktiviti-aktiviti tidak senonoh, ikut trend menari mcm ulat dan ntah-ntah hapa lagi, jiwa ini rasa mati seketika bersama remaja zaman sekarang…
6. Kemampuan anda utk berbual dgn orang dewasa yg bukan guru
via GIPHY
Kita mampu bersembang dgn murid pelbagai perkara-perkara menarik berkaitan diri mereka, Pokemon, Beyblade, AJL 2019 ataupun Sufian dan Elfira. Tapi apabila bercampur dgn sekumpulan orang dewasa yg bukan guru, tetiba jadi lost kejap sementara nak jumpa tune semula…

7. Wajah selamba anda

via GIPHY
Murid-murid ni dia ada mcm-macam ragam. Kadang-kadang lagak mereka langsung tak masuk akal. Ingat senang nak maintain wajah serius seorang guru??? Kadang-kadang berjaya, tapi sampai bilik guru, habis pecah perut tergolek-golek dok gelak, paling parah, senyum sorang-sorang…!

8. Masa utk diri sendiri

via GIPHY
Malangnya perkara ini menjadi perkara yg sering diabaikan oleh guru-guru. Kalau tak diabaikan pun, sering terlupa. Mengapa? Kerana guru sering mendahulukan muridnya, sehingga terlupa kesihatan diri…

9. Impian utk percutian mewah ditempat menarik seluruh dunia

via GIPHY
Nak lepak tempat mewah-mewah dgn gaji seorang guru? Usah mimpi, tetapi kalau ikat perut atau mempunyai pendapatan sampingan yg melebihi gaji anda, YA, ianya tidak mustahil!

10. Cubaan utk melakukan sesuatu yg lain drpada dunia pendidikan.

via GIPHY
Jika mengajar adalah satu satu ‘passion’ utk anda, berfikir utk lakukan sesuatu diluar bidang itu menjadi satu kejanggalan. Ya, ianya blh dilaksanakan, namun akhirnya ianya akan berbalik semula kepada objektif asal iaitu memastikan kemenjadian murid yg berpendidikan, bijak dan mampu mengubah dunia mereka.


Loading...

Tags: #anda #Guru #Menjadi #Perkara #Selamat #setelah #Tinggal #Ucap

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "10 Perkara Yg Anda Blh Ucap Selamat Tinggal Setelah Menjadi Guru"