10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

Loading...

untitled design 39 11 10 321232 1 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

Hasil air tangan Chef Mohd Syamir Azmi memang cukup memukau dgn 10 aneka pastri yg diminta. Lima pastri dr Asia dan lima lagi dr negara-negara Timur Tengah. Pastri berasaskan pastri rapuh, pastri filo, pastri chouz dan pastri lapis ini nyata penuhi selera penggemar manisan.

untitled design 35 11 33 483579 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

Ketua Pastri, Chef Pastri Mohd Syamir Azmi

Jom semak resipi pastri terlajak sedap hasil kreativiti Chef Pastri, Mohd Syamir Azmi dr Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya. Rupanya menarik, rasanya pulak terlajaklah sedapnya.

1. BAKLAVA.

untitled design 24 11 02 810848 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN:

Bahan filo pastri :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung
  • 50gm kacang pistachio
  • 100gm mentega cair

Bahan air gula :

  • 200gm gula
  • 200ml air

CARA MEMASAK:

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dlm mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar sehingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dlm peti sejuk sebentar dlm masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dlm 1 mangkuk utk di gunakan dlm proses mencanai.
  6. Ambil doh yg sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan ke atasnya agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yg blh dan tindihkan setiap 1 yg sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yg sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bg melekatkan antara doh.
  10. Potong doh berukuran 2cm x 2cm dan taburkan kacang pistachio.
  11. Lipatkan dr penjuru ke penjuru menjadi seperti bunga.
  12. Panaskan oven pd suhu 180c dan bakar dlm masa 20 minit
  13. Masakkan dan didihkan gula dan air ke dlm periuk menjadi air gula.
  14. Setelah selesai membakar sapukan air gula ke atasnya.
  15. Sedia utk dihidang.

Jenis masakan; Manisan Timur Tengah

Keistimewaan; Manis dan rangup

INFO CHEF :Pastikan lapisan doh yg sudah dicanai, disapu mentega dgn rata utk pastikan tidak terbuka semasa membakar.

2. UMM ALI.

untitled design 32 11 47 494917 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan filo pastri :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos krim:

  • 3 cawan susu segar
  • 1 cawan krim putar
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan hiasan :

  • 20gm kacang pistachio | dihancur kasar
  • 20gm kacang badam | dihancur kasar
  • 20gm kismis

CARA MEMASAK:

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dlm mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar sehingga menjadi doh.
  3. Selepas membentuk 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dlm peti sejuk sebentar dlm masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dlm 1 mangkuk utk di gunakan dlm proses mencanai.
  6. Ambil doh yg sudah direhatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan sedikit agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yg blh dan tindihkan setiap 1 yg sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Carikkan atau leraikan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar.
  10. Bakar pd suhu 180 C selama 20 minit.

Cara membuat sos krim :

  1. Satukan susu segar, krim putar, gula, esen vanila,dan serbuk kayu manis kedalam mangkok dan kacau sehingga sebati
  2. Masukkan pastri filo yg sudah di bakar ke dlm acuan dan masukkan sos krim kedalam.
  3. Taburkan kacang pistachio,kacang badam,kismis di atas dan bakar selama 15 minit.
  4. Selepas dibakar sedia di hidangkan.

Jenis masakan; Manisan Timur Tengah

Keistimewaan; Bersusu dan Berkrim.

INFO CHEF; Pastikan sos betul betul meresap kedalam filo sebelum membakar utk mendapat kan sos yg berkrim.

3. WARBAT.

untitled design 34 11 04 578808 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN;

Bahan filo pastry :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 susu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos kastad :

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 6 sudu mkn tepung jagung
  • 4 sudu mkn gula
  • 300ml krim putar

Bahan air gula :

  • 200gm gula
  • 200ml air

Bahan hiasan :

  • 20gm kacang pistachio | ditumbuk

CARA MEMASAK :

Cara buat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar sehingga menjadi doh.
  3. Selepas membentuk doh 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dlm peti sejuk sebentar dlm masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dlm 1 mangkok utk di gunakan dlm proses mencanai.
  6. Ambil doh yg sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung di letakan agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yg blh dan tindihkan setiap 1 yg sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yg sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair bg utk melekatkan antara doh.
  10. Potong doh berukuran 3inci x 3inci.

Cara membuat sos ;

  1. Satukan susu segar, krim putar, gula kedalam periuk, kacau sehingga sebati dan didihkan.
  2. Setelah mendidih masukkan krim putar dan kacau sehingga likat.
  3. Sejukan seketika didalam peti sejuk.
  4. Ambil doh fillo dan letakkan sos kastad di tengah-tengah doh dan lipat segi 3.

   15.Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20mint pd suhu 180c.

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dlm periuk menjadi air gula
  2. Setelah selesai menbakar sapukan gula sirap ke atas nya. Taburkan kacang pistachio diatas nya.
  3. Sedia utk di hiding.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan; Rangup dan berkrim.

Anggaran kos; RM15

INFO CHEF: Pastikan krim kastad sejuk bg senang utk di letakkan pd filo. Setelah membakar pastikan terus sapu air gula dan tabur kacang agar kacang melekat pd filo.

4. GALAKTUBOUREKO.

untitled design 27 11 49 994858 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN:

Bahan filo pastri :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos  :

  • 500ml susu segar
  • 200gm gula
  • 20gm mentega
  • 75gm tepung semolina
  • 7ml esen vanila
  • 3 biji telur

CARA MEMASAK;

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar sehingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dlm peti sejuk sebentar dlm masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dlm 1 mangkuk utk di gunakan dlm proses mencanai.
  6. Ambil doh yg sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yg blh dan tindihkan setiap 1 yg sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yg sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bg utk bahagian bawah.
  10. Buat lagi sekali 7 keping doh yg sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair utk bahagian atas pula.

Cara membuat sos :

  1. Didihkan susu segar, gula, mentega, essen vanilla ke dlm periuk.
  2. Setelah mendidih masukkan tepung semolina dan kacau sehingga sebati.
  3. Sejukkan sebentar sebelum memasukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  4.  Ambil doh filo utk bahagian bawah dan masukkan ke dlm acuan pembakar. Tuang  sos ke atas doh filo.
  5. Ambil doh filo bahagian atas dan letak dan tutupkan bahagian atas sos
  6. Bakar selama 30 minit pd suhu 180c.

Cara membuat air gula :

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dlm periuk menjadi air gula.
  2. Setelah selesai membakar curahkan air gula keatasnya dan sedia utk di hiding.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan : Rangup dan Berinti.

INFO CHEF; Pastikan sos kastad sejuk sebelum mencampurkan telur agar telur tidak masak kerana sos kastad masih panas.

  1. TULUMBA.

untitled design 31 11 15 563610 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN -BAHAN :

Bahan choux pastry :

  • 237ml air
  • 40ml minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 210gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 14ml cuka
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan air gula :

  • 300gm gula
  • 100ml air
  • Minyak masak secukupnya | utk menggoreng
  • 20gm kacang pistachio utk hiasan

CARA MEMASAK :

Cara membuat choux pastry :

  1. Campurkan bahan bahan seperti air, minyak jagung, susu segar, ke dlm periuk dan didihkan.
  2. Masukkan tepung kek dan kacau sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh ke dlm mesin penguli dan putar selama 5 minit bg menyejukkan doh.
  4. Setelah sejuk sedikit doh masukkan telur 1 per 1 sehingga habis dan sebati.
  5. Setelah telur sebati masukkan cuka dan putar sehingga sebati.
  6. Setelah itu panaskan minyak utk menggoreng.
  7. Masukkan doh kedalam beg piping dan piping doh ke dlm minyak yg telah dipanaskan.Goreng sehingga garing dan kekuningan.

 Cara membuat air gula :

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dlm periuk menjadi air gula.
  2. Setelah siap menggoreng tapiskan minyak agar tidak terlalu berminyak.Gaul bersama air gula yg telah dimasak sebentar tadi.
  3. Taburkan kacang pistachio yg telah di cincang dan di bakar keatasnya.
  4. Sedia utk dihidang.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan; Lembut dan Manis

INFO CHEF; Pastikan doh tidak panas semasa mencampurkan telur dgn doh yg telah dimasak.Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.

6. CHINESE EGG TART.

untitled design 26 11 59 605368 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh tart:

  • 145gm tepung kek
  • 1 sudu mkn gula aising
  • 75gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 biji putih telur

Bahan sos:

  • 70gm gula
  • 140ml air
  • 125ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam.

CARA MEMASAK :

Cara membuat doh tart :

  1. Campurkan bahan bahan seperti tepung kek, gula aising, mentega, garam, ke dlm mesin penguli dan pukul sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan putih telur ke dlm dan pukul sehingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi doh sejukkan sebentar ke dlm peti sejuk selama 15minit supaya doh keras sedikit bg memudahkan proses memasukkan dlm acuan tart.
  4. Selepas 15minit ambil semula doh dan ratakan dan tekan doh di dlm acuan tart.Pastikan tidak terlalu tebal.

Cara membuat sos

5. Masukkan gula dan air ke dlm periuk dan masak sehingga gula larut dan            hancur.Sejukkan sebentar.

6. Satukan susu segar, telur, esen vanila, garam ke dlm mangkuk sederhana besar dan kacau sehingga sebati.

7. Campurkan air gula yg sudah dimasak sebentar tadi.Tapiskan sos tersebut.

8. Ambil doh tart dlm acuan tadi dan tuangkan sos ke dlmnya.Bakar pd suhu 180 C selama 20 minit.

9.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan: Chinese Tart

Keistimewaan; Lembut dan Manis

INFO CHEF; Pastikan air gula tidak terlalu panas sebelum mencampurkan bersama sos agar telor tidak masak.Bagi menyenangkan proses acuan tart pastikan doh sejuk terlebih dahulu.

  1. HOKKAIDO COKLAT CHEESE TART

untitled design 28 11 28 510566 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh tart :

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan inti  keju :

  • 170gm krim keju
  • 20gm gula
  • 60gm yogurt kosong
  • 15gm mentega
  • 1 biji putih telur
  • 100gm coklat masakan

CARA MEMASAK :

Cara membuat doh tart :

  1. Campurkan mentega, gula aising ke dlm mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dlm mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
  3. Simpan selama 10 minit didalam peti sejuk utk memudahkan proses acuan tart.
  4. Keluarkan doh, dan tekan rata di dlm tat didalam acuan.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa memasukkan dlm acuan tart.

Cara membuat inti keju.

5. Masukkan krim keju, gula, yogurt dan mentega ke dlm periuk dan cairkan kesemuanya.

6.Sejukkan sebentar sebelum mencampurkan putih telur. Cairkan coklat masak dan campurkan ke dlm adunan keju.

7.Masukkan krim kejua ke dlm doh tat yg sudah ditekankan dlm acuan. .Sapukan telur ke atasnya.

8. Bakar pd suhu 190c selama 15 minit.Gunakan suhu panas atas sahaja. Sedia dihidangkan.

Jenis masakan: : Tart Jepun

Keistimewaan; Lembut , manis, berkrim dan kaya dgn rasa coklat.

INFO CHEF : Bg memudahkan keju lembut keluarkan keju di suhu bilik sebelum memulakan memasak.Sentiasa kacau keju semasa memasak agar tidak hangus.

8. HONEYKKI @ APPLE CUSTARD PUFF

untitled design 29 11 46 440501 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN BAHAN:

Bahan puff pastri :

  • 200gm tepung gandum
  • 110ml air sejuk
  • 20gm mentega
  • 1 sudu mkn gula
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan  mentega lapisan:

  • 150gm mentega
  • 50gm tepung gandum

Bahan inti epal :

  • 2 biji epal hijau
  • 100gm gula
  • 30gm mentega
  • 1sudu mkn jus lemon

Bahan kastad :

  • 125ml susu segar
  • 125ml krim putar
  • 100gm gula
  • 50gm tepung kastad
  • 1sudu mkn esen vanila

CARA MEMASAK.

Cara buat puff pastri :

  1. Campurkan tepung gandum, air sejuk, mentega, gula, garam ke dlm mesin penguli dan uli menjadi doh.
  2. Selepas menjadi doh sejukkan sebentar kedalam peti sejuk bg memudahkan proses mencanai.

Cara buat lapisan mentega :

  1. Campurkan mentega dan tepung gandum ke dlm mesin menguli.Ulikan seketika bg sebati.
  2. Canaikan menjadi segi 4 dlm anggaran ukuran 4inci x 4 inci. Balut dgn plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.
  3. Ambil doh puff dan canai menjadi segi 4 bersaiz 8inci x 8inci.Letakkan mentega yg sudah disejukkan di tengah -tengah doh dan tutup doh.
  4. Canaikan doh senipis yg blh. Lipat doh yg sudah dicanai dan canai lagi . Ulangi  sebanyak 3 kali utk mendapatkan lapisan puff  yg cantik.Setiap lapisan yg dicanai  dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  5. Selepas habis proses mencanai sejukkan puff di dlm peti sejuk selama 15 minit.Potong saiz bulat atau segi 4 mengikut kesuaian anda.Potong setiap 1 biji puff jadi 2 keping puff.

Cara masak inti epal :

     8. Kupas kulit epal dan potongkan dadu sederhana. Cuci bersih bersih.

  1. Masukkan epal yg sudah dikupas kedalam periuk dan campurkan bersama mentega, gula, jus lemon ke dlm periuk. Masak selama 5 minit dan sejukkan.

    10.Setelah sejuk ambil 1 keping puff pastri dan letakkan inti epal di tengah tengah doh dan         tutup dgn lagi 1 puff di atas.

    11. Ulangi sehingga habis inti anda.Bakar pd suhu 180c selama 25 minit.

Cara membuat sos kastad :

12. Masakkan susu segar, krim putar, gula. Didihkan kesemua di dlm periuk.

13. Setelah mendidih masukkan kastad yg dicampurkan sedikit air ke dlm susu yg sudah mendidih.

14.Masak sehingga likat dan sejukkan. Paipkan kastad di tengah tengah puff yg sudah dimasak.

15.Taburkan gula ising diatas puff yg sudah diletakkan kastad.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Tart Jepun

Keistimewaan; Lazat menyihatkan dgn kebaikan khasiat epal.

INFO CHEF: Gunakan epal hijau yg sederhana ranum.

9. KABOCHA PIE TAT.

untitled design 30 11 06 352129 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan tart :

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1biji telur
  • 250gm tepung kek
  • ½ sudu teh garam

Bahan kabocha:

  • 300gm buah labu
  • 30gm mentega | dicairkan
  • 30gm gula
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 72gm gula perang
  • ½ sudu teh garam
  • 200ml krim putar

CARA MEMASAK;

Cara membuat doh tart :

1. Campurkan mentega, gula ising ke dlm mesin penguli dan pukul selama 3 minit.

  1. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dlm mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
  2. Simpan selama 10 minit di dlm peti sejuk sebentar utk memudahkan proses memasukkan dlm acuan tart..
  3. Ratakan doh dlmn acuan tart . Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa menekan dlm acuan.
  4. Bakar tart selama 15 minit.

Cara membuat sos kabocha :

  1. Rebuskan labu yg telah dibersihkan. Rebuskan sehingga lembut. Kisar labu yg telah masak dgn mesin pengisar.
  2. Campurkan labu yg telah dikisar bersama mentega cair, gula, kuning telur, telur, gula perang, garam, dan krim putar ke dlm 1 bekas yg besar dan kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan sos kabocha kedalam doh tart yg telah diacuankan.
  4. Bakar pd suhu 180 C selama 15 minit.
  5. Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Korean tat

Keistimewaan; Rasa labu yg lembut dan manis

INFO CHEF; Sebelum memotong pastikan pie betul betul sejuk agar tidak pecah semasa memotong.

10. BOKU PIE.

untitled design 25 11 25 854460 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN BAHAN;

Bahan doh pie :

  • 2 ½ cawan tepung kek
  • 130gm mentega
  • ½ cawan air
  • 1biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh cuka

Bahan inti :

  • 1biji kelapa muda
  • 1biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 160ml air
  • 75gm susu tepung
  • ¾ cawan gula
  • ½  cawan tepung gandum
  • ½ sudu mkn esen vanilla

 CARA MEMASAK :

Cara membuat doh :

  1. Campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, mentega, air, relor, garam dan cuka kedalam mesin penguli.Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian.
  2. Setelah menjadi doh canaikan doh sehingga sedikit nipis.Canaikan kedua doh jadikan 2 doh.
  3. Ambilkan 1 doh dan acuankan kedalam acuan tat.

Cara membuat inti :

  1. Campurkan kesemua bahan seperti telur, air, susu tepung, gula, garam, tepung gandum, esen vanila ke dlm mangkuk yg besar. Kacau sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan isi kelapa muda ke dlm bahan tadi.
  3. Masukkan bahan inti ke dlm doh tat yg sudah dimasukkan acuan sehingga penuh.
  4. Ambil lagi 1 doh dan canaikan nya kemudian tutup bahagian atas inti dan sapu telur di atas doh.
  5. Bakar selama 30mimit pd suhu 180 C.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Pie Filipina

Keistimewaan; Manis dan lemak dr kelapa

INFO CHEF: Pilih kelapa muda yg byk isi dan berkualiti agar inti pie lebih enak dimakan.

untitled design 36 11 29 023776 - 10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

RESIPI ; CHEF PASTRI MOHD SYAMIR AZMI

TERIMA KASIH : CRYSTAL CROWN HOTEL PJ,No. 12, Jalan Utara, Pjs 52,  Petaling Jaya, Selangor

Loading...

Tags: #Arab #Asia #AZMI #Chef #Inspirasi #Mohd #PASTRI #Sedap #Syamir #Terlajak

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.