10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

Untitled design 22 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

Cuti sekolah ni mcm-macam majlis kenduri kendara rancak berlangsung. Ni min nak kongsi dgn korang lauk pauk yg biasa dihidang masa kenduri oleh orang -orang belah Selatan . Istimewanya dr Melaka, Johor dan Singapura.

Untitled design 20 3 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

Sukatannya dicadangkan utk majlis berskala sederhana. Resipi ni hasil idea tenaga pengajar dan Chef Rahayu Farhana Awang Kechik, Chef Amir Hamzah Omar dan Chef Mohd Nazli Mohd Nawi dr Food Institute of Malaysia (FIM).

1. SAMBAL PENGANTIN SINGAPORE

Untitled design 15 1 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru lembu | direbus dan dipotong kecil
  • 500gm hati lembu | direbus dan dipotong kecil
  • 1kg daging lembu
  • 500gm udang saiz sederhana | disiang dan direbus
  • 12 biji bawang besar | dikisar
  • 20 ulas bawang putih | dikisar
  • 9 sm halia | dikisar
  • 8 batang serai | dikisar
  • 50gm cili kering | direbus dan dikisar
  • 20 biji cili merah | dikisar
  • 150gm udang kering (dikisar)
  • 1/2 botol kecil kicap manis
  • 7 biji bawang besar | dipotong baji
  • 7 biji cili merah | dihiris
  • 7 biji cili hijau | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya utk menumis

CARA MEMASAK :

1. Rebuskan hati, paru, dan daging lembu sehingga empuk, sejukkan dan potong kepada saiz kecil.
2. Udang dikopek kulit dan direbus.
3. Tumiskan bawang besar,bawang putih, halia dan serai yg dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan cili kering, cili merah, dan udang kering yg dikisar. Teruskan menggoreng sehingga cili benar-benar masak
5.Masukkan hati,paru dan daging yg direbus dan dipotong kecil. Masukkan sedikit air bg mengelakkan bahan masakan terlalu kering dan garing.
6.Masukkan kicap manis, perasakan dgn garam dan gula
7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yg telah dipotong.

INFO CHEF : Gula blh dikurangkan kerana kicap manis sudah memberikan rasa manis. Hati,paru dan daging hendaklah direbus berasingan dan air rebusan daging blh digunakan utk menggantikan air.

Saiz hidangan : 50 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis Masakan : Lauk utama, Singapura
Keistimewaan : Rasa yg manis pedas membangkitkan selera sesuai dijadikan mknan istimewa perayaan dan majlis perkahwinan

2. KAMBING KURMA MERAH

Untitled design 9 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg daging kambing | dipotong dadu
  • 20 biji bawang besar | dikisar
  • 5 labu bawang putih | dikisar
  • 15sm halia | dikisar
  • 20 batang serai | diketuk
  • 20 tangkai daun kari
  • 16 cm kayu manis
  • 30 biji buah pelaga
  • 24 kuntum cengkih
  • 10 kuntum bunga lawang
  • 30 sudu mkn rempah kurma
  • 30 sudu mkn pes cili kering
  • 20 sudu mkn pes tomato
  • 500gm kismis | dikisar
  • 5 liter santan
  • 10 biji bawang besar | dipotong baji
  • 20 biji cili merah | dihiris
  • 20 biji cili hijau | dihiris
  • 30 biji ceri tomato | dibelah dua
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Minyak masak secukupnya utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, tumis empat sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yg dikisar dan serai yg diketuk, tumis sehingga pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan rempah kurma, cili kisar, pes tomato masak sehingga rempah betul-betul masak dan wangi.
3. Masukkan kambing dan air secukupnya, renehkan sehingga daging kambing empuk dan lembut
4 .Setelah daging kambing empuk, masukkan kismis yg telah di kisar dan diikuti dgn santan. Perasakan dgn garam dan gula.
5 .Akhir sekali sebelum tnutup api, masukkan bawang,cili merah,cili hijau, tomato ceri dan daun ketumbar.

INFO CHEF : Rasa kurma ini pedas dan manis dr kismis

Saiz hidangan : 70 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Johor
Keistimewaan : Rasa berempah dan manis dr kismis sangat istimewa dan ada kelainan dr kurma biasa.

3. LAKSA KATONG SINGAPURA

Untitled design 6 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

Bahan kuah laksa :

  • 5kg udang saiz sederhana | buang kulit dan direbus
  • 5 liter air rebusan udang | dr kulit dan kepala yg dikopek
  • 15 biji bawang besar | dikisar
  • 5 biji bawang putih | dikisar
  • 25sm halia | dikisar
  • 12sm lengkuas | dikisar
  • 30 sudu mkn cili kisar
  • 20 sudu mkn pes tomato
  • 10 sudu mkn rempah kari
  • 1 liter santan
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 10 keping asam keping
  • 30 helai daun limau purut
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan utk dihidang bersama:

  • 5 kg laksa basah | dicelur
  • 1 kg udang |direbus
  • 20 biji telur rebus | dibelah empat
  • 10 biji bebola ikan
  • 20 keping kek ikan
  • 160gm taugeh | dicelur
  • Daun ketumbar secukupnya | dihiris halus
  • Cili merah | dihiris halus

CARA MEMASAK:
1. Kopek udang dan rebuskan, kulit dan kepala udang juga direbus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan cili kisar, pes tomato dan rempah kari.
3. Terus menumis sehingga naik bau. Masukkan juga sedikit air utk mengelakkan rempah hangit.
4. Masukkan air rebusan udang.
5. Masukkan santan, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan asam keping dan daun limau purut.
6. Sediakan bahan-bahan (dihidang bersama), susun di dlm mangkuk, tuangkan kuah dan sedia utk dihidangkan.

INFO CHEF: Rempah hendaklah di tumis betul-betul masak utk menambahkan aroma Laksa Katong.

Saiz hidangan : 50 orang
Masa Memasak :1 jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Mknan sampingan, laksa Singapura
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis dr udang membuatkan laksa ini sangat menyelerakan

4. ASAM PEDAS DAGING

Untitled design 14 1 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN;

  • 5kg daging | dihiris cuci dan toskan
  • 23 batang serai | dititik
  • 22 helai daun limau purut | dihiris
  • 30 tangkai daun kesum | dilurutt
  • 8 sudu mkn pes asam jawa
  • 60 sudu mkn cili kisar
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 700gm bawang merah | hiris
  • 5 biji putih | hiris
  • 25 tangkai daun kari | lurut dr tangkai
  • 8 sudu teh jintan kasar
  • 8 sudu teh jintan halus
  • 12 batang kulit kayu manis

BAHAN KISAR HALUS:

  • 8 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 30 biji buah keras
  • 25 sm kunyit hidup
  • 25sm belacan
  • 25sm halia
  • 25sm lengkuas
  • 6 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK :
1 .Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis sehingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis sehingga garing.
2. Masuk cili kisar dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Masukkan daging, daun kesom dan daun limau, gaul rata. Masak sehingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak sehingga daging empuk.
4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dgn garam dan sedikit gula melaka. Masak sehingga pekat dan tutup api.

INFO CHEF: Daging blh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan blh masukkan ke dlm kuah nanti. Tambahkan tomato ceri utk rasa yg lebih manis

Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 1 jam, 30 minit
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Rempah ratus dlm hidangan asam pedas daging utk menampah aroma.

5.DENDENG DAGING

Untitled design 15 2 1 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN;

  • 5kg daging
  • 22 batang serai | dititik
  • 40-50 sudu mkn cili kering | dikisar
  • 30 sudu mkn kicap manis
  • 30 sudu mkn kicap masin
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 1 kg bawang merah | dikisar kasar
  • 10 biji | dikisar kasar
  • 26sm halia | dikisar kasar
  • 10 batang kulit kayu manis

CARA MEMASAK :
1. Rebus daging selama 30 minit kemudian dihiris 1.2sm.Tumbuk daging yg telah dihiris menjadi leper kemudian diperap bersama kicap manis dan kicap masin.
2. Panaskan minyak dan goreng daging yg telah perap sehingga garing.
3. Keluar sebahagian minyak dan tinggal sedikit utk menumis bahan tumis dan serai.
4. Tumis sehingga harum.
5. Masuk cili kisar dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
6. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan daging yg telah digoreng dan gaul rata.
7. Daging dendeng sedia dihidangkan

INFO CHEF : Bahan tumisan perlu ditumis garing bg menghasilkan rasa dendeng yg terbaik

Saiz hidangan : 60-70 orang
Masa Memasak : 1 jam 30 minit
Cara Memasak : Rebus, goreng,dan tumis
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Rasa pedas manis sangat istimewa dgn daging yg diperap dan di goreng garing menambah rasa pd masakan.

6. KARI AYAM KAPITAN

Untitled design 16 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg daging ayam
  • 20 helai daun limau purut
  • 20 sudu mkn jus limau purut
  • 15 liter santan
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 50 ulas bawang merah | dikisar
  • 30 ulas bawang putih | dikisar
  • 25sm halia | dikisar
  • 25sm kunyit hidup | dikisar
  • 30 biji cili merah | dikisar
  • 30 biji cili hijau | dikisar
  • 30 biji buah keras | dikisar
  • 10 sudu teh belacan | dikisar
  • 20 sudu mkn serbuk kari| dicampur air jadikan pes
  • 30 biji buah pelaga
  • 30 kuntum bunga cengkih
  • 10 batang kayu manis ( 1.3 sm)
  • 10 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:
1. Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, kunyit hidup, bawang merah, buah keras dan belacan di dlm pengisar.
2. Kemudian tumis sehingga terbit aromanya yg wangi bersama rempah 4 sekawan.
3. Seterusnya masukkan rempah kari ayam dan tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan daun limau, air dan ayam. Kacau sehingga sebati dan biarkan reneh selama 15 minit.
5. Kemudian, tuangkan jus limau purut, santan dan teruskan mengacau selama seminit.
8. Tunggu sehingga ayam menjadi empuk, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa dan kari sedia utk dihidang.

INFO CHEF : Selain nasi, kari ayam kapitan juga sesuai dimakan bersama pulut kuning atau roti jala.

Saiz hidangan : 65- 70 orang
Masa Memasak : 1 jam 30 minit
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Kari ayam berempah yg pekat dan beraroma semerbak

7. SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN PETAI

Untitled design 18 2 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 3 kg ikan bilis
  • 2 mangkuk tahi minyak
  • 30 papan petai | ambil isi sahaja
  • 28 cawan air
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | utk menumis dan menggoreng

BAHAN TUMIS:

  • 60 biji bawang merah | dikisar
  • 30 ulas bawang putih | dikisar
  • 15 batang serai | dikisar
  • 30 sudu mkn belacan | dikisar
  • 42 sudu mkn cili kering kisar

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, diikuti petai. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya utk menumis.
3. Tumis bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan cili ki
4. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga garing kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga terbit minyak.
5. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan tahi minyak. kemudian perasakan dgn garam dam gula secukup rasa.
6. Tutup api dan ssambal sedia dihidankan

INFO CHEF : Enak, pedas, dan kaya dgn rasa petai.

Saiz hidangan : 45- 50 orang
Masa Memasak : 40 min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sambal, Melaka
Keistimewaan : Ikan bilis rangup dan cili kering ditumis sempurna faktor utama sambal sedap

8. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH

Untitled design 19 1 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg taugeh
  • 1kg daun pegaga | dihiris kasar
  • 1kg daun selom | dihiris kasar
  • 40 sudu mkn udang kering | dikisar halus
  • 50sm cekur | dikisar halus
  • 100 biji bawang besar | dikisar halus
  • 40 biji bawang putih | dikisar halus
  • 100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar
  • 1kg kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
2. Sejukkan bahan tumis seketika.
3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dlm mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan bahan urap yg telah disejukkan tadi.
5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.

Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 20min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera
Keistimewaan : Ulam-ulaman yg baik utk kesihatan

9. IKAN KERISI SAMBAL HIJAU BERSANTAN

Untitled design 17 5 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN-BAHAN:

  • 60 ekor ikan kerisi | digoreng
  • 90 ulas bawang merah | dikisar
  • 55 ulas bawang putih | dikisar
  • 200sm cekur | dikisar
  • 270 cili padi hijau | dikisar
  • 60 biji cili hijau | dikisar
  • 1 liter santan
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Setelah pecah minyak, masukkan santan. Kacau dan renehkan sehingga santan pekat.
4. Kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa,
5. Akhir sekali tuang ke atas ikan yg telah siap digoreng.
6. Sambal ikan sedia dihidangkan

Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 40 min
Cara Memasak : Goreng dan tumis
Jenis Masakan : Hidangan utama
Keistimewaan : Sesuai di mkn dgn nasi panas-panas

10. AYAM UNGKEP BERSAMA TEMPE

Untitled design 12 1 - 10 Lauk Kenduri Negeri Selatan. Resipi 1 & 3 Tu Dari Singapura …

BAHAN – BAHAN :

  • 5kg ayam
  • 20 biji bawang besar | dikisar halus
  • 60 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 50 sm halia | dikisar halus
  • 50sm lengkuas dikisar halus
  • 40 batang serai | dikisar halus
  • 50 biji cili padi | dikisar halus
  • 12sm kunyit hidup | dikisar halus
  • 10 sudu mkn jintan putih biji | disangai dan kisar kering (kasar)
  • 10 sudu mkn jintan manis biji | disangai dan kisar kering kasar
  • 10 sudu mkn ketumbar biji
  • 10 paket tempe | digoreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK :
    1. Ayam dibasuh bersih dan di toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi dan pecah minyak,
    3. Masukkan bahan sangai dan kisar kasar, kacau lagi.
    4. Seterusnya masukkan ayam dan air secukupnya. Renehkan ayam sehingga masak.
    5. Perasakan dgn garam dan gula.
    6. Akhir sekali masukkan tempe yg telah dipotong dan digoreng.
    7. Gaul rata,tutup api. Ayam ungkep sedia dihidangkan

INFO CHEF : Jika suka blh d tambah sedikit lada hitam utk rasa lebih pedas.

Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 1jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Mknan kebanggaan masyarakat Jawa, tak perlu santan senang dimasak.

TERIMA KASIH : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM), 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor. FB : Food Institute of Malaysia


Loading...

Tags: #Dari #Kenduri #Lauk #Negeri #Resipi #Selatan #Singapura

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.