10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

Loading...

ubi stelo 31 30 819566 1 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

Sedap sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang byk lagi masakan yg menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yg enak dan menguja rasa. Walau berbeza menu  namun soal rasa memang terbaik. Utk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan  masyarakat Kelantan yg tidak menghampakan bila anda cuba.

gulai ikan kembung 31 51 779879 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

GULAI  IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
  • 1000ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
  • 1 /2 batang timun | hiris bulat
  • 8 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm lengkuas | hiris nipis
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dlm periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
  2. Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
  3. Setelah mendidih, masukkan  kacang panjang dan timun.
  4. Kemudian dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.

limpa 31 58 582624 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

RENDANG LIMPA

BAHAN-BAHAN

  • 1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
  • 750ml santan pekat
  • 3 sudu mkn kerisik
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • 2 sudu mkn air asam Jawa
  • 1 keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu mkn minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia
  • 5 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Tumis sehingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau sehingga limpa kecut.
  4. Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana sehingga kuah pekat.
  5. Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, terus kacau rendang sehingga timbul minyak.
  7. Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

ayam kampung 31 48 117712 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

KERUTUP AYAM  KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | belah empat
  • 3 sudu mkn rempah kerutup
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 1 sudu mkn sos tomato
  • 500ml santan pekat
  • 1keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu mkn minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kampung yg telah dibersihkan tadi.
  4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato,  gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
  7. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

.ikan 31 53 911210 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

LAWAR IKAN TAMBAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan tamban | bersihkan
  • 5 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 6-7 biji cili padi | hiris halus
  • Sedikit hirisan daun kesum
  • Sedikit hirisan daun selom
  • Sedikit hirisan daun ulam rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ikan yg telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
  2. Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
  3. Tuangkan jus limau nipis di dlm mangkuk berisi isi ikan tadi.
  4. Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
  5. Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
  6. Gaul rata dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..

singgang daging 31 22 350959 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

SINGGANG DAGING LENGKUAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn budu
  • 1 sudu mkn manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu mkn ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana sehingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

ubi stelo 31 30 819566 1 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging
  • 1kg tulang
  • 1 kg santan
  • 2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • Gula kerek/gula Melaka secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu air asam Jawa
  • 5 sudu mkn minyak masak

BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:

  • 12 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | hiris
  • 4cm halia | hiris
  • 4 sudu mkn Rempah Gulai Kawah

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
  2. Kacau rata sehingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air. Terus kacau sehingga pecah minyak dan betul-betul garing.
  3. Tutup api dan ketepikan seketika.
  4. Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yg telah dihiris dlm periuk dan masak dgn sedikit air.
  5. Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo,  rempah gulai yg sudah ditumis.
  6. Gaul rata, kemudian masukkan bawang yg dihiris.
  7. Tuangkan santan dan masak lagi sehingga mereneh.
  8. Perasakan dgn gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
  9. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.

teresek kacang panjang 31 29 322634 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

TERESEK KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 biji cili hijau
  • 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
  • 2 sudu mkn  rempah kari
  • 1 sudu mkn kerisik
  • 1 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sudu mkn serbuk ketumbar biji  | sangai dan kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
  2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yg telah dipotong kecil tadi.
  3. Kacau rata sehingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
  6. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.

percik 31 00 497452 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

AYAM  PERCIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
  • 1 keping  asam gelugor
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai | titik

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 cawan santan pekat

BAHAN PERAP:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pd ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
  2.  Susun dlm dulang pembakar dan bakar dlm ketuhar.
  3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dlm kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
  4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau sehingga kuah pekat.
  5. Tutup api,  ambil sedikit kuah dan sapukan pd ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pd ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

solak ikan 31 24 013361 - 10 Koleksi Masakan Kelantan Ini Sungguh Sedap  & Patutlah Ramai Orang Suka.

SOLOK IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • ekor ikan kembung
  • 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
  • Minyak utk menggoreng secukupnya
  • 10ulas bawang merah | ditumbuk
  • 2ulas bawang putih | ditumbuk
  • ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
  • 1biji telur ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
  2. Isi ikan yg dikikis tadi, ditumbuk.
  3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yg ditumbuk.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dlm bahan-bahan tadi.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6.  Masukkan bahan-bahan tadi ke dlm kulit ikan dan goreng sehingga masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Loading...

Tags: #KELANTAN #Koleksi #Masakan #Orang #Patutlah #Ramai #Sedap #Suka #Sungguh

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.