10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

Loading...

rendang pedas ayam dengan jering 1 - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

Busuk tapi sedap sampai ramai orang ketagih, itulah bahana petai dan jering.  Dua jenis ulam ini bukan hanya sedap sbg ulam tetapi enak juga dicampurkan dlm masakan. Kepada penggemarnya pasti menyukai apa sahaja menu berasaskan petai dan jering. Kalau korang nak cuba ini ada 10 menu petai dan jering yg blh dicuba dan memberikan idea kepada korang utk mencipta resipi baru sesuai dgn selera sendiri.

ikan bakar petai - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 keping aluminium foil
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu mkn air asam jawa

Bahan-bahan kisar:

  • 10 biji cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pd 180 C.
  4. Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
  5. Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dgn lebihan sambal.
  6. Taburkan petai di atas sambal dan tutup dgn daun kunyit.
  7. Akhir sekali balut ikan dgn aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
  8. Setalah masak hidang ikan dgn nasi panas serta ulam-ulaman.

masak lemak udang petai - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

GULAI LEMAK UDANG PETAI MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
  • 500gm udang saiz XL | bersihkan
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Rebus petai yg telah dibersihkan sehingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan petai dlm periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Tuangkan santan dan gaul rata.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

sambal bilis hijau - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

SAMBAL HIJAU  BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan bilis | kopek
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6  biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yg sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
  4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api terus kacau sambal sehingga garing.
  8. Angkat dan hidangkan.

 sambal bilis tempoyak - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis | kopek
  • 200gm isi petai
  • 3 sudu mkn tempoyak | bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yg sama, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
  5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yg telah digoreng tadi.
  6. Kemudian perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

sambal telur petai - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.
SAMBAL TELUR PUYUH PETAI  

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu mkn pes asam jawa
  • 4 sudu mkn pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yg sama, tumis bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yg telah direbus dan dibuang kulit tadi.
  5. Kacau rata dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh sehingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

sambal udang petai - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

SAMBAL SOTNG  PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu mkn pes asam jawa
  • 4 sudu mkn pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sotong dlm kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yg sama, tumis bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
  6. Seterusnya perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh sehingga pecah minyak seketika.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

sambal bilis jering - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

SAMBAL GORENG IKAN BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm jering tua | hiris melintang
  • 200gm ikan bilis | kopek
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn pes asam jawa
  • 3-4 sudu mkn minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Seterusnya goreng jering sehingga garing, angka dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yg sama tumiskan bahan kisar sehingga wangi, masukkan pes cili.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, diikui dgn ikan bilis dan jering goreng tadi.
  6. Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
  7. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  8. Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
  9. Sambal sedia dihidangkan.

rendang pedas ayam dengan jering 1 - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

RENDANG BEREMPAH AYAM JERING TUA 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
  • 500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
  • 1 liter santan pekat
  • 3 sudu mkn kerisik
  • 1 sudu mkn rempah kari
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 batang sarai | titik
  • 1 helai daun kunyit | siat dan simpul
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili kering
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dlm lesung batu. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
  5. Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
  6. Kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
  8. Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
  9. Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
  10. Rendang sedia dihidangkan.

semur daging jering - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

SEMUR DAGING JERING

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
  • 250gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut  | carik-carikkan
  • 1 batang serai | titik
  • 3 sudu mkn kicap manis
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu teh jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya utk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging yg telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
  2. Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut sehingga wangi.
  3. Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
  4. Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dgn serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
  6. Tutup api dan semur sedia dihidangkan.

saaaaaaaaaaambal ikan masin kerdas - 10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu.

DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN

  • 200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
  • 200gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
  2. Kemudian, tumiskan bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
  3. Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
  4. Kecilkan api, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan.

Komen anda

Loading...

Tags: #Idea #Jering #Masak #Memang #padu #Petai #Rasa #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "10 Idea Masak Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu."