10 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Dgn Cepat

Loading...

x 14 - 10 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Dgn Cepat

Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut. Di sini ada 10 tips yg saya kompilasikan utk kita sama-sama hilangkan parut jerawat yg mengacau tu.

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dgn vitamin semulajadi yg membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak byk-banyak. Tapi tak perlu byk pun, sikit cukup. Lidah Buaya blh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka mcm biasa.

2. Baking Soda

Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dlm semua rumah, sebab byk kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat. Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dlm pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dgn sedikit air, jangan cair sangat. Bg pekat, mcm pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling byk parut. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

3. Minyak kelapa da ra

Di pasaran sekarang terdapat byk virgin coconut oil atau minyak kelapa da ra. Sememangnya ia lebih berkhasiat drpada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yg tak menggunakan haba.

Caranya: titiskan minyak kelapa da ra ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dgn minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda drpada parut jerawat. Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dgn cleanser biasa

4. Timun

Timun mengandungi kadar air yg sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yg terbaik utk kulit anda.Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pd kulit muka yg berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dgn air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala mknan. Tapi malangnya kebanyakan madu dlm pasaran adalah madu yg diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup utk urutkan kulit muka. Jangan byk sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

6. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yg fungsinya khusus utk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dlm mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dgn air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

Setelah kering, bilas dgn air sejuk. Amalkan setiap hari.

7. Ubi Kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dgn vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dlm ubi kentang juga blh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, blh juga buat hirisan tebal dan urutkan pd bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dgn air suam. Amalkan sekali sehari.

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sbg cara tradisional utk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dgn air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pd kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dgn air sejuk. Amalkan setiap hari.

9. Air tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dgn satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pd kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dgn moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

10. Vitamin E

Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yg dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dlm bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pd kulit muka yg berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dgn moisturizer.

Sumber: Petua Ibu 

Loading...

Tags: #Cara #Cepat #Hilangkan #Jerawat #Mudah #Parut

author
Author: 
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL
    Lewat Foto Ini, Lulu Tobing Akhirnya Mengaku Telah Resmi Jadi Istri Cucu Konglomerat!
    slidegossip.com – Kabar pernikahan Lulu Tobing dgn cucu konglomerat, Bani M Mulia ternyata
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln

    Leave a reply "10 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Dgn Cepat"