10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap

Loading...

indoorBpengakap - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap

Aktiviti atau permainan yg menarik hendaklah diadakan dlm setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Dgn ini barulah Pengakap dpt bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dlm aktiviti-aktiviti itu.

Jangan adakan aktiviti yg serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.

Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dlm setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yg ditetapkan dlm sesuatu aktiviti itu.

Kami kongsikan di sini aktiviti indoor (dalaman) utk perjumpaan pengakap.

AKTIVITI DALAMAN (Indoor games)

Diadakan di dlm bilik yg sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den)

1. Lakonan Bisu

CHARADES - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gera kerja yg perlu dilakukan oleh Pengakap)

Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yg dipamerkan.

2. Simpulan

Alatan: tali, bangku.

Pengakap dikehendaki membuat simpulan yg ditetapkan. Misalnya, ketua patrol memulakan simpulan dgn Simpul Belit di bangku, kemudian disambung dgn Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan diakhiri dgn Simpul Tindih Kasih.

Aktiviti ini blh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing.

Pengakap disuruh menutup mata mereka dgn skaf dan apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dgn pantas dan apabila sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan kepada yg betul.

3. Permainan Kim


Deria Lihat

Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis)

Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dgn kain atau kertas surat khabar.

Setiap patrol diberi masa 3 minit utk memerhati objek-objek yg diberi (masa blh disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yg dilihat.

Cara lain ialah dgn mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dlm kotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dlm kotak dan Pengakap itu blhlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yg dilihat mengikut susunan yg betul.

Deria Sentuhan

Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll.

Objek-objek tersebut dimasukkan ke dlm karung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit utk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dlm patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek
tersebut.

Deria Pendengaran

Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lain-lain.) 

Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap blh membuat bunyi-bunyian yg dibuat di luar bilik. Mainkan pita rakaman utk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka blh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yg telah didengarinya tadi.

Deria Bau

Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut dan sbgnya.

Pengakap dikehendaki menutup matanya dgn skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka blhlah berbincang dan menulis jawapannya.

Deria Rasa

Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.

Pengakap dikehendaki merasa dgn lidah bahan-bahan/serbuk yg disediakan itu bergilir-gilir. Kemudian mereka blhlah berbincang dan menuliskan jawapannya.

4. `Baloo’ di mana kamu


Alatan: Senaskah surat khabar yg diikat dan digulung.

Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yg bergulung utk dijadikan sbg pemukul dan matanya ditutup dgn skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dlm bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali utk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan blh memukul dgn gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo blh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak blh bergerak dr tempatnya.

5. Kiri – kanan

scout 1 - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Alatan: Topi dan skaf Pengakap

Pengakap berdiri dlm bulatan (atau duduk) dgn rapat. Bila terdengar arahan “Kiri”, mereka akan merebut topi/skaf pengakap yg duduk/berdiri disebelah kiri mereka. “Kiri – Kanan” blh digantikan dgn perkataan lain seperti Kiri – Perak; Kanan – Perlis dan perkataan-perkataan blh ditambah utk mengelirukan Pengakap yg mengambil bahagian.

6.  Melukis gadjet/projek perintis

drwing - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Pengakap disuruh melukis gadget-gadget yg terdapat dlm satu perkhemahan ke dlm buku log mereka. Selain drpada melukis gadget, mereka blh melukis projek-projek perintis (pioneering) seperti menara, jambatan, pintu gerbang dll.

7. Membaca peta

bacaBmap - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Alatan: Peta Topo dan kompas.

Setiap patrol diberi peta yg serupa (lebih elok setiap Pengakap diberi setiap seorang) dan mereka diberi beberapa soalan (tugasan), misalnya: mencari grid beberapa tempat (sekolah, masjid, balai polis dll), memberi grid kedudukan (RG) tempat itu utk dicari dan ditandakan nama tempat tersebut, beri bering dr satu tempat ke satu tempat, menamakan kawasan jenis tumbuhan yg terdapat, sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat, tanaman utama di sesuatu kawasan dsb.

8. Ilmu Pengakap

giphy 1 - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Pengakap, misalnya, sejarah Pengakap, simpulan dan ikatan dll. Soalan berbentuk subjektif atau objektif blh disediakan. Selepas menjawab semua soalan itu, Pengakap menukarkan kertas jawapan dan memeriksa jawapan bila pemimpin memberikan jawapan yg betul bg soalan itu.

9. Kepala dan Ekor

giphyB252812529 1 - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin. Apabila pemimpin menyebut `kepala’, Pengakap yg di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-kawan yg lain dlm barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil berpusing mengelilingi Pengakap yg di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masing-masing.

Begitu juga apabila pemimpin menyebut `ekor’, Pengakap di belakang sekali tidak bergerak, tetapi kawan-kawaan yg lain dlm pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing mengelilingi Pengakap yg di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana pasukan yg pertama sampai serta berbaris dgn lurus, akan diisytiharkan sbg pemenang. Permainan ini blh diteruskan dgn menukar kedudukan setiap ahli dlm barisan itu sehingga tamat permainan.

10. Harta Tersembunyi

giphyB252822529 1 - 10 cadangan aktiviti/permainan dlman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
Video hiasan

Ahli Pengakap disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yg telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan dll. Pasukan yg pertama dpt menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.

Loading...

Tags: #aktiviti/permainan #Cadangan #dlman #indoor #ketika #pengakap #perjumpaan

author
Author: 
    6 Artis Indonesia Ini Punya Anak Sebelum Nikah, No 2 Diisukan Gay, No 4 Hamil Duluan!
    slidegossip.com – Popularitas yg diraih seorang artis turut membawa rasa penasaran publik soal
    Demo Ormas Tolak DWP Bubarkan Diri Karena Suara Speaker Kalah Keras!
    slidegossip.com – Penyelenggaraan acara Djakarta Warehouse Project (DWP) yg dihadiri byk artis dan
    Trio Ikan Asin Dipenjara, Kumalasari Makin Populer! Mbak You: 2020 Dia Akan Jatuh!
    slidegossip.com – Tak bisa dipungkiri, gara-gara kasus video ikan asin, nama Barbie Kumalasari
    Tiga muka surat pelajaran tulisan Jawi jadi pertikaian Dong Zong didedahkan
    Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan utk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan

    Comments are closed.